Monday, January 1, 2024

Wilayah Ruh Rendah dan Wilayah Ruh Tinggi

Aqal ini wilayah ruh juga tetapi wilayah ruh yang lebih rendah. Qalbu ini pula wilayah ruh yang lebih tinggi. Sebab itulah aqal tidak dapat menangkap hal2 wilayah qalbu (wilayah ruh tinggi).


Maka, janganlah belajar ilmu2 wilayah aqal sahaja, teruskan juga dengan ilmu2 wilayah qalbu. Yang terhenti , atau yang lama terhenti, atau yang banyak terhenti, atau yang terus terhenti pada hal ehwal wilayah aqal, setakat itu sahajalah perjalanannya.


Ilmu2 wilayah aqal itu memang pintu pembuka hijab2, tetapi menurut Imam al-Ghazali, selepas beberapa lama nanti ia sendiri sebenarnya menjadi hijab kepada capaian2 selepasnya.


1/1/24


* Insya-Allah antara pengisian penganjian intensif ilmu aqidah Imam al-Ghazali bagi Batch 1 sesi Lanjutan minggu ini

No comments: