Sunday, February 5, 2023

Pertemuan Utama Al-Ghazaliyah 2023

 

Setakat ini, orang2 yang BELUM PERNAH bersua muka tetapi berhajat untuk bertemu dengan saya atas urusan2 agama (aqidah, tauhid, tasawuf, sufi, perbandingan agama, tarekat, ilmu zaman akhir, Ihya' 'Ulumuddin dsb), bolehlah "kunci" tarikhnya iaitu pada 4 November 2023 (Sabtu) di Taiping (dari pagi hingga ke malam). Sekali sahaja untuk tahun ini, tidak setiap minggu sebagaimana sebelum zaman PKP. Jadi atau tak jadi, belum tentu lagi. Kita rancang2 sahaja dahulu dan lebihkan doa.


Para pelajar dan pengamal kitab Ihya' 'Ulumuddin, para pengamal Tarekat Ghazaliyah, ikhwah halaqah2 usrah Ghazaliyah dan seumpamanya juga sangat digalakkan untuk hadir. Sekali sahaja dalam setahun kita bermajlis beramai2. Bolehlah mula merancang2 dan mengumpul perbelanjaan kerana masih panjang masanya.


Individu2 yang menguruskan penjualan buku2 saya (Tarekat Ghazaliyah siri 1 hingga 4) sudah tidak menguruskannya lagi kerana sudah bekerja dan sambung belajar. Saya sendiri tidak sempat untuk menguruskannya. Jadi tuan2 yang masih berminat untuk membelinya bolehlah datang pada hari tersebut.


Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.




2/2/23

No comments: