Tuesday, June 21, 2022

Projek Sampingan Tarekat Ghazaliyah

 

Antara dapatan daripada program Ziarah & Ta'im Tarekat Ghazaliyah sehingga siri ke-4 yang lalu dan tindak susulnya.......


Ilmu Tarekat Ghazaliyah ini berada dalam tungku ketiga daripada 4 tungku ad-diin dalam hadith Jibril iaitu tungku ihsan (atau tungku tasawuf). Inilah sebenar-benar Tariqah Ghazaliyah SECARA KHUSUSNYA. Namun begitu ia turun bersama-sama dengan 3 lagi ILMU SAMPINGAN (menjadikan 4 kesemuanya) yang sekadar sebagai ILMU PENGIRING kepada Tariqah Ghazaliyah iaitu ilmu 'aqidah, ilmu as-sa'ah (tentang zaman akhir) dan ilmu tentang alam (bukan ilmu geografi).


Ilmu dan sukatan pelajaran Tarekat Ghazaliyah ini ringkas kata masih sama keadaannya sebagaimana pada zaman pengasasnya Hujatul Islam Imam al-Ghazali sampailah ke hari ini tanpa sebarang penambahan atau pengubahsuaian walaupun sedikit. Untuk memelihara keasliannya, tidak dibenarkan dibuat sebarang perubahan. Sebab itulah ia masih sama sahaja sebagaimana yang ada pada zaman pengasasnya hampir 1000 tahun yang lalu.


Namun begitu, dalam usaha untuk memasyarakatkan orang sekeliling umumnya dan khususnya sebagai wadah pertemuan sesama para pengamal Tarekat Ghazaliyah (kerana Tarekat Ghazaliyah ini tidak punya sebarang majlis atau pertemuan berjadual), guru-gurunya ada membuat aktiviti atau projek sampingan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. Aktiviti ini bukan daripada Tarekat Ghazaliyah sendiri dan TIDAK BERADA DALAM SUKATAN TARBIAH Tarekat Ghazaliyah melainkan sekadar pengkayaan atau sesuatu yang bernilai tambah sahaja.


Contohnya :

  1. Syeikh Muhammad bin Abdullah pada zamannya mengadakan dua aktiviti iaitu bacaan Maulid Diba'i pada malam Isnin dan bacaan Maulid Barzanji pada malam Jumaat, pada setiap minggu. Terbuka untuk semua orang walaupun yang tidak bertarekat Ghazaliyah.

  2. Muridnya iaitu Kiai Salleh Gunung Pondok - mengadakan Maulid Diba'i biasanya sebulan satu atau dua kali. Terbuka untuk semua orang.

  3. Murid kepada Kiai Salleh iaitu Ustaz Abdulah Khandak - mengadakan kelas seni tempur, mengikut kelapangannya dan biasanya 2-3 kali seminggu. Tawaran awal dibuat terbuka untuk semua orang tetapi yang dilatih tentunya hanya mereka yang berminat menjadi murid dalam seni tempur sahaja (yang berminat untuk beri komitmen sahaja).

  4. Murid kepada Ustaz Abdullah iaitu Ustaz Muhammad Salleh Abdul Rahman (iaitu guru kepada al-faqir) - mengadakan bacaan Surah Yaasin seminggu sekali. Terbuka untuk semua orang.

  5. Murid kepada Ustaz Muhammad Salleh iaitu al-faqir sendiri - belum mengadakan sebarang aktiviti sampingan dan al-faqir bercadang untuk membuat halaqah usrah TASAWUF sekali dalam sebulan. Undangan awal terbuka untuk semua orang tetapi yang dapat dilibatkan tentunya hanya mereka yang berminat untuk berada dalam halaqah usrah.


Al-faqir akan cuba melaksanakannya di Trong dan Taiping lebih dahulu. Setelah agak lancar dan mantap nanti, mungkinlah baru kita kembangkan ke tempat2 lain.


9/6/22

 

...untuk ijtima' tahunan kali ke-4 pula, setakat ini masih belum dapat bayangan lagi walaupun ramai ikhwah Ghazaliyah yang mahukannya. Nak kena fikir banyak n panjang lagi. Insylh nanti dah lapang2 sikit baru mula merancang2 :)

 

No comments: