Wednesday, September 8, 2021

Mimpi2 Terkini

1. Ilmu ta'wil, ta'bir dan tafsir mimpi memang boleh dipelajari dan boleh ada kemajuan tetapi bekalan pentingnya adalah pengetahuan am yang luas, dan yang lebih berperanan lagi adalah bakat kurniaan Allah SWT.


2. Dua malam lepas Allah mendatangkan mimpi kepada sahaya bahawa ada seorang ustaz muda dengan wajah yang manis lagi tersenyum memberikan hadiah kepada sahaya yang nampaknya macam sebuah kitab. Dia berserban yang bercorak, dan berjanggut tebal. Hari ini barulah sahaya round2 internet. Jumpa yang rupanya sama. Namanya Ustaz Mohd Syaffi Yusof Ghani.

 

Malam semalam pula Allah mendatangkan mimpi kepada sahaya bahawa sahaya melihat kuliah agama secara berhadapan dan sangat dekat dengannya iaitu arwah Tuan Guru Dr Haron Din. Sepanjang beliau berkuliah, wajahnya jadi semakin muda dan semakin muda dan semakin muda. Sangat kacak wajahnya. Ini merupakan kali kedua sahaya bermimpi akan beliau. Kali pertama rasanya sudah banyak tahun dahulu.

 

Wallahua'lam.


3. Ada yang bertanya tentang ta'bir mimpi menurut Imam Al-Ghazali yag sahaya share daripada orang lain semalam itu.

 

Sebenarnya beberapa malam lepas sahaya ada bermimpi mengalongkan rantai biji2 kayu tasbih yang selalu sahaya guna kepada seorang kenalan yang dari leher ke bawah tubuhnya berbentuk haiwan yang tidak halal itu.

Begitulah ceritanya.

No comments: