Setelah
5 tahun diizinkan Allah untuk mensyarahkan kitab Ihya' 'Ulumuddin
secara agak terperinci, kita baru sampai kitab ke-3 daripada 40 kitab
dalam keseluruhan kitab Ihya ini. Ada baki 37 buah kitab lagi. Saya
jangkakan kesemua 40 kitab itu akan dapat diselesaikan dalam jangkamasa
20 ke 23 tahun jika dipanjangkan umur, insya-Allah.
Sebab itulah
syarahan kitab Ihya' 'Ulumuddin secara terperinci hanya kita buat di
Surau An-Nur, Sg Nyiur, Trong, Perak kerana kuliahnya seminggu
sekali. Di tempat2 lain, terpaksa kita ringkaskan kerana kuliahnya
sebulan sekali. Memang tak mampu saya perincikan sebagaimana di Surau
An-Nur.
Jika kita mahu
perincikan juga, mungkin akan memakan masa lebih kurang 80 tahun, baru
dapat khatam keseluruhan kitab Ihya' (guru n murid2 kelas pertama
mungkin semua dah arwah pun sebelum sempat tamat kitab). (*Kita cuba
bayangkanlah betapa isi kandungan kitab Ihya' ini. Sekiranya Imam
Al-Ghazali sendiri yang kupas... tak tahulah).
Oleh itu, sesiapa
yg mahukan kupasan terperinci dan berada berhampiran, silalah datang ke
Surau An-Nur. Yang jauh atau mengalami kesukaran untuk hadir, teruskan
ikuti rakaman2 kuliahnya di Youtube.
Abu Zulfiqar
15 Disember 2015
Wednesday, December 16, 2015
Jom Download Nota2 Kuliah Kitab Cinta
Alhamdulillah,
syukur… Kini tuan-tuan boleh menonton rakaman-rakaman kuliah Kitab Cinta Allah
dengan nota di tangan. Semua nota2 kuliah untuk hadirin di Surau An-Nur telah
ubahsuai kepada bentuk PDF. Tuan2 boleh download secara mudah lagi percuma di
link-link yang disediakan di bawah.
Nota
Kuliah Kitab Cinta 1
Nota
Kuliah Kitab Cinta 2
Nota
Kuliah Kitab Cinta 3
Nota
Kuliah Kitab Cinta 4
Nota
Kuliah Kitab Cinta 5
Nota
Kuliah Kitab Cinta 6
Nota
Kuliah Kitab Cinta7
Nota
Kuliah Kitab Cinta 8
Nota
Kuliah Kitab Cinta 9
Nota
Kuliah Kitab Cinta 10
Nota
Kuliah Kitab Cinta 11
Nota
Kuliah Kitab Cinta 12
Nota
Kuliah Kitab Cinta 13
Nota
Kuliah Kitab Cinta 14
Labels:
IHYA' 'ULUMIDDIN,
KITAB CINTA,
TASAUF SUFI
Sunday, November 8, 2015
Aktifkan Sayap Kerohanianmu
Semua
manusia dianugerahi “sayap kerohanian” untuk “terbang ke langit tinggi”. Ada
beberapa golongan manusia dalam hal ini :
i)
Golongan yang selama ini tidak pernah tahu pun
mereka ada sayap kerohanian dan boleh terbang ke langit tinggi. Jika kita
berada dalam golongan ini, kita mestilah dengan segera berusaha mencari.
ii)
Golongan yang dapat tahu, tapi tidak berminat
untuk tahu cara-cara menggunakan sayap kerohanian itu. Golongan ini sebenarnya
tidak menyedari betapa besar kerugian yang mereka alami. Jika mereka
mengetahuinya, pasti mereka akan berusaha keras untuk mencari.
iii)
Golongan yang tahu dan hendak menggunakannya
dan mahu ke langit tinggi, tetapi tidak tahu cara-caranya. Golongan ini
hendaklah berusaha mencari ilmu tentangnya, guru, atau apa sahaja yang berkaitan
yang dapat membantu penerbangannya dengan betul.
iv)
Golongan yang tahu lalu menggunakannya, tetapi
tersesat ke alam lain. Golongan ini tersalah fikir, tersalah guru, tersalah
ilmu atau tewas dengan nafsu. Kena segera berpatah balik walau seberat mana
rasa hendak meninggalkan apa-apa yang diperolehi selama ini.
v)
Golongan yang tahu dan betul cara gunanya.
Golongan ini dapat pergi ke alam langit tinggi dan menikmati keindahan-keindahan
dan kelazatan-kelazatan yang ada, mengikut rezeki masing-masing.
Wallahua’alam.
Terjumpa Lagi Awan Berbentuk Kalimah Allah
Pencapaian2 Kita dalam Cinta Allah
Semuanya
adalah kerja Allah, termasuklah pencapaian kita dalam pelajaran Kitab Cinta
Allah ini. Sebab itulah :
i)
Ada orang yang tidak dipilih oleh Allah untuk
dapat tahu. Maka selamanyalah dia tetap tidak akan pernah tahu.
ii)
Ada yang dipilih oleh Allah untuk dapat tahu
(belajar/menerima ilmu tentangnya), tapi tidak dipilih oleh Allah untuk faham.
iii)
Ada yang dipilih Allah untuk faham, tapi tidak
diberi-Nya kesedaran.
iv)
Ada yang dipilih untuk dapat kesedaran, tapi
tidak dipilih-Nya untuk mendapat amal.
v)
Ada yang dipilih-Nya untuk mendapat amal, tapi
tidak dipilih oleh-Nya sebagai orang yang memperolehi penghayatan.
vi)
Ada yang dianugerahiNya penghayatan tapi tidak
diizinkan-Nya mendapat kemuncak cinta Allah.
vii)
Ada pula orang yang dipilih-Nya untuk mendapat
kemuncak cinta Allah.
Apabila
kita sudah memahami haqiqat ini, langkah utama kita ialah dengan selalu memohon
Allah anugerahkan cintaNya kepada kita. Dia sahaja yang mampu memberi, tidak
ada selain Dia.
Batiniyyah, Syiah, Falsafah Berbeza dengan Tasawuf, Sufi
Golongan
batiniyyah, syi’ah dan falsafah membuatkan golongan tasawuf/sufi dipandang negatif
oleh sebahagian masyarakat. Hal ini kerana seringkali puak-puak batiniyyah, syi’ah
dan falsafah ini turut mendakwa bahawa mereka juga kaum tasawuf/sufi.
Keadaan
ini diburukkan lagi apabila rata-rata ahli masyarakat kita memang tidak ada
ilmu untuk membezakan antara kaum batiniyyah/syi’ah/falsafah dengan kaum tasawuf
sufi, termasuklah sebahagian lulusan agama sendiri. Maka golongan tasawuf dan
sufi yang benar pun dianggap sebagai golongan berfahaman batiniyyah/syi’ah/falsafah,
dan golongan batiniyah/syi’ah/falsafah pula dianggap sebagai aliran
tasawuf/sufi. Semua dianggap sama, padahal jauh berbeza.
Namun
yang paling malang sekali apabila ada lulusan agama yang jahil dalam hal ini
ataupun yang memang berniat jahat, cuba mempengaruhi masyarakat agar menolak dan
memusuhi kaum tasawuf dan sufi dengan cara menyamakan atau mengaitkan tasawuf
sufi dengan puak batiniyyah/syi’ah/falsafah.
Oleh itu
orang ramai mestilah sangat berhati-hati. Jika sedar yang diri belum ada ilmu dan
kemahiran untuk membezakan yang mana batiniyyah/syi’ah/falsafah dan yang mana
tasawuf/sufi, janganlah menulis, memperkatakan, mengisyaratkan, atau mengkongsikan
sesuatu yang kita tidak ada pengetahuan tentangnya. Orang yang bijaksana
tentunya tidak akan mudah-mudah mempercayai segala dakwaan yang dibuat walau
oleh sesiapa sahaja.
Alam
tasawuf alam yang bersih. Bukan sekadar bersih luaran, tetapi yang lebih
diutamakan ialah bersih yang dalaman. Selagi dalaman tidak banyak yang bersih,
selagi itulah sebenarnya kita masih memerhati tasawuf dari jauh, walaupun kita
sangkakan kita sudah banyak belajar/ambil tahu tentang tasawuf. Ringkas kata, sesuatu
yang tidak bersih tidak akan dapat bertempat pada yang bersih.
Abu
Zulfiqar
8
November 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)