Wednesday, June 1, 2011

Ke Taiping dengan Anak-anak


Sebenarnya saya dan anak-anak ke bandar Taiping untuk selesaikan beberapa urusan. Isteri tidak dapat ikut kerana bekerja. Biasalah... pergi buat urusan pejabat. Tapi kali ini kami 'enjoy' dari awal hingga pulang. Bukan senang bawa anak-anak sekali, macam-macam ragam.

Mula-mula kami ke bank, kemudian pergi bayar bil.

Singgah di Kedai Doli. Makan koey tiau gorengnya yang 'famous' (tapi pada saya rasanya biasa je), nasi ayam dan mi kari. Kemudian ke kedai buku Ikhwan. Masuk kedai buku agama, dah tentu membeli. Keluarlah RM 63.00. Cari pula air krim 'Split'. Anak-anak suka akan ais krim tu yang ada kulit tiruan yang boleh dikoyak (nampak macam sebiji pisang) dan dimakan.

Bergambar di depan sebuah tokong Cina. Kemudian pergi ambil road-tax motosikal.

Anak-anak nak main 'game' di kaki lima sebuah pasaraya, layan ajelah. Singgah beli makanan untuk ummi diorang. Ambil kesempatan memanjat Dataran Changkat Jering.


Sempat juga menyinggah di Masjid India, kasi peluang anak-anak kejar burung merpati. Tapi sebaik-baik sahaja kami masuk semula ke dalam kereta, ratusan burung merpati meluru dari arah depan kereta ke bumbung masjid di belakang, betul-betul di sekeliling kereta kami Nampak macam kami diserang ratusan jet pejuang. Memang menerujakan suasana ketika itu, malangnya tak dirakam.

No comments: