Thursday, April 7, 2011

Disangka Syiah

Terima kasih Sangbogoroyo (pemberi maklumat tentang diskusi di http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewforum&f=11 )


Ada ke patut ana disangkanya Syiah?

Puak-puak Salafi Wahhabi ni, asal tak pro belah dia je... Syiah... asal serban hitam je... Syiah... (dan banyak lagi tuduhan-tuduhan lain ya.g biasa kita dengar).
Teringin jugak petik perbualan diorang...

SIL MENULIS: Adakah benar ustaz ini adalah syiah?
http://alexanderwathern.blogspot.com/
Saya banyak ‘follow guide-guide’ dia dalam berdebat dengan geng-geng antihadis dulu.. sehinggalah saya diberitau oleh seorang kawan yang dia ni Syiah..

THTL MENULIS: Hang la yang kena cari dalam blog dia tu....nak tuduh orang kena ada bukti samada ceramah atau penulisannya.

SIL MENULIS: Saya pun tengah tunggu respon kawan saya tu tang mana Syiahnya ustaz ni..
Saya tak reti nak nilaikan syeikh.. sebab tu tanya kat sini.. manala tau kot pakar kat sini boleh menafsir tajuk-tajuk/kandungan blog ustaz ni yang condong kepada Syiah..
Pada saya ok je.

THTL MENULIS: Nampak macam dia pemuja Imam al-Ghazali dan kitab Ihya' tu...geng tareqat laa.

KAWAKIB MENULIS: Takde apanya, bukan Syiah. Geng sufi, ada anti wahabi salafi nih.

SURATAN MENULIS: Orang ini selalu lepak di halaqah.net dan di blognya sendiri.
Seorang yang mendewa-dewakan aliran Sifat 20 di samping berkerja keras membantah hujah 'Wahabi' yang dinilainya sesat dan menyimpang dari Ahlusunnah.

ABU UWAIS MENULIS : Penentang wahabi ni..

THTL MENULIS : Geng depa majoriti di nusantara.

Sekian.

PENJELASAN

1. Saya bukannya seorang yang berfahaman Syiah. Pada saya, Syiah dan Salafi Wahhabi adalah dua pihak yang banyak memberi masalah kepada agama dan umat Islam. Saya tidak akan berpegang dengan kedua-dua fahaman ini.

2. Memang saya pernah banyak berdebat dengan penganut ajaran anti-hadith suatu ketika dahulu kerana saya menolak 6 Virus Dalaman (Salafi Wahhabi, Syiah, Anti-Hadith, Liberal & Sekular, Ajaran Sesat dan Ahmadiyyah Qadiani).

3. Tidak ada tulisan ataupun ceramah saya yang condong kepada Syiah.

4. Gelaran “PEMUJA Imam Ghazali dan Ihya’” tu melampau sangat tu. Elok letak “Peminat Imam Ghazali dan Ihya’” sahaja.

5. Tidak semestinya seseorang yang meminati Imam al-Ghazali dan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin geng tariqat. Ada yang ebrtariqat, ada yang tidak aktif dalam tariqat dan ada yang aktif bertariqat.

6. “Anti Salafi Wahhabi”... memang betul. TAPI, sebagaimana yangselalu saya perjelaskan, saya menolak APA YANG SALAH dan APA YANG MELEMAHKAN sahaja daripada ajaran Salafi Wahhabi (dan 5 Virus Dalaman lagi) itu, bukannya APA YANG BAIK dan BERKESAN daripadanya.

7. “Mendewa-dewakan Aliran Sifat 20”... apa yang baik saya sokong. Pelajaran ilmu tauhid kaedah Sifat 20 memang bagus, takkan tak sokong. Tapi tidaklah sampai mendewa-dewakan.

2 comments:

Admin said...

Assalamu'alaikum, Tumpang senyum je sheikh..Bila dinilaikan penulisan, tuduhan mereka melalui al Quran dan Sunnah. Ana anggap mereka ini orang yang gagal.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wa'alaikumussalam ya Tuan Ibnu Nafis : )
Sekurang-kurangnya mereka akui kita MAJORITI di Nusantara : )