Hikmah 1
"Akhirat itu di hadapan dan dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh. Perbekalan itu sedikit. Bahaya itu besar. Dan jalan itu tertutup."
Hikmah 2
"Berjalan ke akhirat serta banyak tipu dayanya, tanpa penunjuk dan teman, adalah payah dan sukar. Maka penunjuk jalan itu ialah kaum ulama."
Hikmah 3
"Akan aku buktikan kecenderungan manusia sekarang jauh dari bentuk kebenaran. Tertipunya mereka dengan kilatan fatamorgana. Dan kepuasan mereka dengan kulit ilmu, tanpa isi."
Hikmah 4
"(Abdullah) Ibnu Mubarak tidak memasukkan orang tidak berilmu dalam golongan manusia, kerana ciri yang membezakan antara manusia dan haiwan ialah ilmu. Maka manusia itu adalah manusia, di mana ia menjadi mulia kerana ilmu."
"Dan tidaklah yang demikian itu (jadi mulia) disebabkan kekuatan dirinya, unta adalah lebih kuat daripada manusia. Bukanlah kerana besarnya, gajah lebih besar daripada manusia. Bukanlah kerana beraninya, binatang buas lebih berani daripada manusia. Bukanlah kerana banyak makannya, perut lembu lebih besar dariada perut manusia. Bukanlah kerana kuat persetubuhannya dengan wanita, burung pipit yang paling rendah lebih kuat mengawab dibandingkan dengan manusia. Bahkan manusia itu tidak dijadikan, selain kerana ilmu."
Hikmah 5
"Orang yang tidak berilmu, hatinya menjadi sakit dan kematian hatinya itu sudah pasti. Tetapi, dia tidak menyedari sedemikian kerana kecintaan dan kesibukannya dengan dunia (sudah) menghilangkan perasaan itu. Sebagaimana takut yang bersangatam kadang-kadang menghilangkan kepedihan luka seketika, meskipun luka itu masih ada."
bersambung...
No comments:
Post a Comment