Saturday, July 4, 2026

Tarekat Yang Seafdhal2nya Menurut Syeikh Muhammad

 

Dalam salah satu kitab tentang Tarekat Ghazaliyah yang disiapkan pada tahun 1900 M iaitu kitab Al-Futuhah al-Ilahiyah fi Bayani Kaifiyah at-Tariqah al-Ghazaliyah, pengarangnya iaitu Syaikh Muhammad bin Abdullah menulis bahawa Imam al-Ghazali sebagai pengasas tariqah ini, Syaikh Ahmad ad-Dayurbi sebagai orang yang menzahirkan tariqah ini, dan Syaikh Ismail bin Muhammad Salim sebagai mu’allim tariqah ini. Syaikh Muhammad bin Abdullah juga mengatakan bahawa kitab ini turut dinamakannya sebagai Asy-Syarah al-Munirah fi Bayani Ma’rifati al-Ghazaliyah.
 
Dalam kitab yang sama, beliau menulis : “Aku berniat untuk mengamalkan sendiri, juga untuk saudara2ku Tarekat Ghazaliyah yang nafisah (indah, berharga, mulia, bernilai) ini dan ia (menurut pandanganku) adalah sebaik2 tarekat lagi seafdhal2nya.”

No comments: