Kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Al-Munqiz min adh-Dhalal : “Maka aku pun mengadakan perbincangan dengan orang2 yang mempunyai pandangan, pemahaman dan kesedaran ruhaniyah (spritual insight) serta mempunyai musyahadah (penyaksian mata qalbu). Mereka bersetuju (bersepakat) untuk mencadangkan agar aku meninggalkan uzlah dan keluar dari zawiyah (sebab sudah 10 tahun dalam uzlah). Di samping itu, aku menerima banyak mimpi2 lagi mutawatir (ramai yang bermimpi begitu) daripada orang-orang soleh, (yang) bersaksi bahawa tindakan (aku) ini merupakan permulaan kebaikan dan petunjuk yang Allah telah takdirkan berlaku PADA KURUN INI. Maka harapan diperkuatkan dan optimisme (keyakinan positif) kerana kesaksian2 ini, dan (sesungguhnya) Allah telah berjanji untuk menghidupkan semula ad-diin-Nya (agama-Nya) pada awal SETIAP KURUN.” - Imam al-Ghazali, A-Munqiz min adh-Dhalal
No comments:
Post a Comment