Guru kepada Imam al-Ghazali iaitu Imam al-Haramain (Imam Dua Tanah Haram – Makkah & Madinah) menyatakan bahawa Imam al-Ghazali itu ibarat Lautan Yang Tidak Bertepi. Imam al-Haramain meninggal dunia ketika Imam al-Ghazali berusia 27 tahun. Ertinya gelaran itu dinisbahkan kepada dirinya pada usia 27 tahun ke bawah.
Kita tafakkurkan… ketika itu Imam al-Ghazali masih muda, belum keluar beruzlah, belum mengarang kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, belum mengasaskan Tarekat Ghazaliyah, belum mengasaskan ilmu as-sa’ah, belum menjadi mujaddid zaman, dan belum mencapai maqam yang diidam-idamkannya. Ketika itu beliau sudah bergelar Lautan Tidak Bertepi.
Agak2nyalah, apakah gelaran yang sesuai untuk beliau setelah beliau berusia 50-an, sudah beruzlah selama 10 tahun, sudah menyelesaikan kitab induk Ihya’, sudah mengasaskan Tarekat Ghazaliyah, dah mengasaskan ilmu as-sa’ah, sudah benar2 menjadi mujaddid zaman, dan sudah mencapai maqam yang diidam-idamkannya?
- Kuliah : Keistimewaan & Keindahan Tarekat Ghazaliyah, 20 Jun 2026
No comments:
Post a Comment