Friday, May 30, 2025

Pesanan2 Ikhwah Al-Ghazaliyah 1

 

 

1. Oleh kerana akal kita ini sangat lemah, maka ada hal2 yang TAK DAPAT KITA CAPAI dengan akal fikiran. Ada perkara2 yang TAK AKAN MAMPU KITA FAHAM menggunakan akal fikiran. Hal2 yang tak boleh dicapai dengan akal fikiran, kita jangan cuba capai dengan akal fikiran sebab ia boleh membuatkan kita TERSALAH JALAN. Allah memang suruh kita gunakan akal, tapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal sahaja. - Ustaz M. Dzul al-Ghazali, Pengajian Kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali)

 

2.  “Terbang” beramai2 ini dari satu sudut bermaksud “terbang” berkawan2, berkumpulan atau berjemaah. Tapi dari sudut yang lain, “terbang” beramai ini adalah “terbang” bersama2 dengan mursyid. Mursyid pula hendaklah mursyid yang “sudah sampai”, bukan sekadar rasa-rasa, agak-agak dsb. Secara kasarnya, dalam perjalanan sebagai seorang salik, kenalah ada jemaah. Tapi secara halusnya, dalam perjalanan seseorang salik, kenalah ada mursyid. Kita “terbang” berama-sama mursyid. – Abu Rayyan al-Ghazali, Pengajian Risalah Ath-Thayr (Al-Ghazali)

 

3.  Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja, tetapi kena mementingkan diri DAN diri2 yang lain (yakni umat). Kerana pada maqam yang lebih tinggi, sebenarnya diri dan semua diri2 yang lain itu adalah “satu diri”. - Ustazah Muss al-Ghazali, Pengajian Kitab Risalah Ladunniyah (Imam al-Ghazali)

 

4.  Golongan manusia yang terpilih itu, antaranya mereka mengenal Allah dan seterusnya mencintai Allah, berjuang untuk diri, dan berjuang untuk diri2 (umat), serta mereka memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang mencinta. Inilah umumnya kerja mereka setiap hari, berulang2 sampailah ke mati. Mereka sebagaimana R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain)– Ummu Musfirah al-Ghazali, Pengajian Kitab Kimiya’ us-Sa’adah (Imam al-Ghazali)

No comments: