Friday, May 30, 2025

Imam al-Ghazali dalam Khutbah Jumaat Mei 2025

 

IMAM AL-GHAZALI DLL DALAM KHUTBAH JUMAAT HARI INI 16 Mei 2025

 

“Guru diumpamakan PENYAMBUNG RISALAH RASULULLAH SAW, merupakan insan yang bersedia mengambil tanggungjawab mendidik dan mengilmukan anak2 didik, mengasuh, mengajarkan ADAB dan NILAI-NILAI MURNI, membentuk AKHLAK dan SAHSIAH demi membangunkan kemuliaan insan selaras dengan sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak.” (Ahmad)”

 

“Menurut IMAM AL-GHAZALI, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut MEMIMPIN JIWA MURID ke arah kebaikan dan MENGENAL TUHAN. Guru Rabbani ialah guru yang bercirikan kemuliaan insan, yang menguasai dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik, dan secara beramanah menyempurnakan tanggungjawab membimbing manusia menemui sinar kebenaran, agar manusia MENGABDIKAN DIRI semata-mata kepada Allah SWT.”

 

Begitulah antara perenggan dalam teks khutbah hari ini.

 

Jelaslah bahawa seseorang guru (mursyid, mu’allim, syaikh, murabbi) dsb itu tidaklah sekadar berusaha membawa murid-muridnya kepada MENGETAHUI TUHAN iaitu tahu Allah, tetapi seterusnya kepada MENGENAL TUHAN yakni mengenal Allah (MA’RIFATULLAH). Jika dilanjutkan lagi ajaran2 Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab2nya khususnya kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin dan dalam bawaan sanad tariqnya, seseorang guru kena berusaha membawa anak muridnya sampai kepada MENCINTAI TUHAN atau mencintai Allah (MAHABBATULLAH). Inilah antara tugas utama seseorang guru, mengikut tahap kemampuan masing-masing. Insya-Allah hasrat ini akan dapat dicapai jika guru sudah TAHU ALLAH, dan seterusnya sudah MENGENAL ALLAH, dan seterusnya lagi sudah sampai ke maqam MENCINTAI ALLAH.

 

Perenggan pertama menyatakan bahawa guru bertugas mentarbiahkan ADAB, NILAI2 MURNI, AKHLAK dan SAHSIAH. Perenggan kedua pula mengaitkan guru sebagai seorang yang BERCIRIKAN KEMULIAAN INSAN. Tentunya orang yang mentarbiah itu sendiri semestinya sudah sedia memiliki lagi bernilai tambah akan ADAB, NILAI2 MURNI, AKHLAK dan SAHSIAH. Jika tidak, yang berlaku hanyalah pemindahan maklumat/ ilmu/ data sahaja tanpa “jiwa”/ “ruh”. 160525

No comments: