Friday, May 30, 2025

Apa Dalil Melakukan yang Mazmumah?

Kadang2 hal2 yang haram/ mazmumah dihalalkan bukan atas dalil agama, Al-Quran, as-sunnah dsb tapi atas “dalil” :

1.      Sesekali je.

2.      Engkau je ahli syurga?

3.      Tak de apalah…

4.      Aku pun tau hukum jugak.

5.      Alaaah, lepas ni kita taubat le. Allah kan Maha Pengampun?

6.      Engkau dah confirm ke jadi ahli syurga?

7.      Rileks le, aku pun nak masuk syurga jugak oi.

8.      Kenapa? Aku jadi kafir ke lepas tu?

9.      Engkau Tuhan ke?

10.   Macamlah engkau sorang je baik.

11.   Kita mati kubur lain-lain la.

12.   Alaaa… orang sekian2 pun buat juga. Diorang lagi hebat, lagi alim lagi tinggi kelulusan daripada engkau.

13.   (Berdiam sahaja, buat2 tak dengar, tak nampak, tak tahu)

14.   Nak berseronok sesekali, apalah salahnya?

15.   Kan ramai je orang buat?

16.   Islam ni fleksibel.

17.   Aku malas la nak bising2, malas nak berat2 kepala.

18.   Kita nak berdakwah ni, kena berhikmah.

19.   Allah pandang hati.

20.   Kalau niat atau nawaitu kita betul… insya-Allah……. ok je.

21.   Islam ni mudah. Kita je yang buat jadi susah.

 

Ada lagi yang lain2 yang biasa didengar/ baca/ lihat/ lalui?


No comments: