Hati qalbu kita ini kita guna SETIAP HARI, umumnya sentiasa. Maka kitab2 soal hati (tasawuf, sufi) kenalah selalu “DIBUKA”, janganlah berminggu2 sekali, atau berbulan sekali, atau bertahun sekali baru hendak “buka”. Sesuatu yang kita guna setiap hari dan umumnya sentiasa, tapi ilmu/ maklumat tentangnya amat jarang mahu kita “buka” dan tambah. Maka akan selalulah resah gelisah, stress, sakit hati, dengki, amarah, dendam, tidak puas hati, darah tinggi, jantung tidak lancar operasi, bersangka buruk, terasa hebat diri, terasa berjasa diri, strok main intai2 sembunyi2, sakit kepala, aliran darah sangkut sana sini, pandangan berpinar2 berpusing2, merancang yang tidak2 baik ke atas orang lain, jadi pengecut yang rendah maruah diri, atau jadi berani tidak kena tempat yang membuta-tuli, dsb. Apakah maksud “buka” itu? Maksudnya bergurulah, belajarlah, amalkanlah pelajarannya, istiqamahlah, dalamilah, bacalah, mutala’ahlah, tafakurkanlah. Bukannya sekadar ambil kitab2 soal hati jiwa qalbu nurani ruhani, lalu sekadar dibuka dan dibiarkan terbuka helaian2nya. 170525
No comments:
Post a Comment