Friday, May 30, 2025

Tafsir Mimpi Bersalaman Kuat

 

Pertanyaan : Salam tuan ustaz. Maaf mengganggu. Semoga tuan ustaz dalam keadaan sihat hendaknya. Saya nak tanya perihal mimpi tapi hari ni baru hendak bertanya. Pada malam ke-7 Ramadhan yang lepas, saya ada mimpi macam ni :

Waktu tu saya dalam perjalanan hendak bersuhbah dengan tuan ustaz. Waktu dalam perjalanan, saya nampak kereta tuan ustaz lalu lau di depan saya. Kawasan itu tenang macam kawasan kampung, hutan kehijauan, bersih tempatnya.

Waktu saya dalam perjalanan, saya berhenti di satu perhentian. Waktu saya berhenti tu ada seorang pemuda menyapa saya. Katanya hendak juga pergi bersuhbah dengan tuan ustaz, tapi saya tak kenal dia. Saya pun teruskan perjalanan dengan si kenalan ni setelah dia cakap kat saya dah dapat kawasan tempat ustaz nak mengadakan suhbah tersebut.

Waktu dalam perjalanan, kami macam berjalan kaki macam tu. Kami sampai di satu jalan dan jalan tu agak sesak dan susah nak ke seberang. Dan di sebelah (*seberang) jalan tu tuan ustaz tengah menungu sambil duduk di atas kerusi. Lalu kami berjaya melintas juga jalan sesak tersebut sampai kepada tuan ustaz.

Sampai ke tempat tuan ustaz, kami bersalaman dengan tuan ustaz, dan salaman tuan ustaz rasa tegap dan penuh rasa kat tangan. Sampai macam agak rasa kat tangan saya waktu sedar dari tidur.

Dan sambung waktu lepas kami bersalaman dengan tuan ustaz, tiba2 ada dua pemuda macam orang Arab memakai serban dan jubah duduk di hadapan tuan ustaz. Nampak macam usia 40-an an awal 50-an pun ada. Diorang bertanya kepada tuan ustaz tapi dalam bahasa Arab dan tuan ustaz pun balas jawapan dengan bahasa Arab.

Begitulah mimpinya. Jika tuan ustaz ada tafsiran dan ada masa boleh la tuan ustaz berkongsi dengan saya. Terima kasih tuan ustaz.

 

@ Waalaikumussalam Tuan Xxxxxx. Setakat ini saya tak dapat banyak pasal mimpi ni. Sikit2 yang mungkin dapat :

1.      Rasanya separuh daripada mimpi ini menceritakan hal yang telah lalu, iaitu sewaktu tuan mula2 hendak mencari dan menemui saya.

2.      “Kereta saya”, “kelajuan”,  “kawasan tenang hijau bersih” itu adalah pandangan tuan terhadap saya ketika itu.

3.      Kenalan tu ialah diri tuan sendiri. Ringkas cakap.. macam ruh, batin, qalbu, diri yang dalaman. Diri yang dalaman itulah yang menggerakkan dan memandu tuan kepada saya. Waktu itu mungkin belum mengenal diri atau kurang mengenal diri, sebab itulah tuan tak kenal dia. Wallahua’lam.

4.      Jalan sesak susah nak seberang tu – kesukaran2, halangan2, keadaan dunia hari ini dan seumpamanya.

5.      Bersalaman hingga “berbekas” di tangan itu maksudnya mengambil Tarekat Ghazaliyah.

6.      Tentang DUA pemuda Arab itu… saya tak dapat tafsirannya.

Begitulah ceritanya.

 

Mei 2025

No comments: