Petikan PENGAJIAN KITAB MISYKATUL ANWAR oleh Ustaz Dzul al-Ghazali
1. Segala puji bagi Allah - Yang mengurniakan cahaya, dan Yang membuka penglihatan. Dan Yang menyingkap rahsia2, dan Yang mengangkat tirai2. Dan selawat ke atas Muhammad – cahaya segala cahaya, dan pemimpin segala orang2 soleh. Dan kekasih kepada Yang Maha Berkuasa Mutlak, dan yang membawa khabar gembira daripada Yang Maha Pengampun,
dan yang memberi peringatan daripada Yang Maha Menguasai. Dan yang menundukkan orang2 kafir. Dan yang menampakkan dengan jelas akan orang2 yang banyak melakukan perbuatan berdosa. Dan ke atas kaum keluarga dan para sahabat baginda yang bersih, yang suci, dan yang terpuji.
2. Imam al-Ghazali menyebut Nabi Muhammad saw sebagai nurul anwar dan saiyidul abrar.
3. Al-fujjaar ialah orang2 yang banyak melakukan perbuatan2 yang mendatangkan dosa.
4. Misykaat ialah satu lubang kecil di dinding yang tidak tembus ke sebelah sana. Ia boleh juga disebut sebagai ceruk. Pada peringkat awal pelajaran ini, lubang itu bolehlah diibaratkan sebagai dada kita. Lampu itu pula bolehlah diibaratkan sebagai qalbu kita atau hati kita.
5. Anwaar ialah nuur/cahaya. Biasanya nur dikaitkan dengan cahaya. Namun perkataan nuur boleh mempunyai pelbagai maksud, bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Jannah atau syurga sering dikaitkan dengan nuur iaitu cahaya, manakala neraka dikaitkan dengan naar iaitu api.
6. Perkataan nuur lebih tepat penggunaannya dan lebih tepat maksudnya berbanding cahaya.
7. Imam al-Ghazali banyak menggunakan bahasa halus? Kerana untuk hal2 yang tinggi, hanya dengan bahasa halus sahaja yang dapat mencapai atau mendekat kepada pemahamannya. Jika kita menggunakan bahasa biasa, ia tak dapat mendekat, dan boleh jadi akan menjauh atau tersalah pemahaman.
8. Sekurang2nya ada dua jenis penglihatan iaitu mata zahir dan mata batin. Jika mahu diperincikan lagi memang boleh.
9. Allah memang suruh kita gunakan akal, tapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal sahaja. Kita dilarang menggunakan akal dalam hal2 yang bukan wilayah akal.
10. Yang paling banyak dilimpahi nur Allah dalam kalangan makhluk-Nya ialah Nabi Muhammad saw. Yang paling banyak dilimpahi nur Allah dalam kalangan umat manusia seluruhnya? Para nabi, kemudian wali2, kemudian ulama2. Itulah contoh terbaik untuk kita.Yang paling banyak dilimpahi nur Allah dalam kalangan umat akhir zaman, iaitu umat Nabi Akhir Zaman iaitu umat Nabi Muhammad saw? Tentulah R4’S (R-Force). Merekalah contoh terbaik untuk kita ikuti.
11. Kebahagian teragung - mengikut Tariqah Ghazaliyah, kebahagiaan yang benar2 teragung ialah sebagaimana yang diperolehi oleh Rasulullah saw. Itulah maqam kebahagiaan yang TERagung. Maqam itu tidak dapat dicapai oleh sebarang makhluk lain. Namun manusia berpeluang mencapai 7 mi’raaj.
No comments:
Post a Comment