Tuesday, April 1, 2025

Malam Al-Qadar Tidak Pasti, Malam Aidil Fitri Jelas Sekali

Ramadhan itu universiti tempat belajar. Syawal itu barulah permulaan alam juang sebenar.

Jangan tewas sejak malam pertama. Jika tidak, bagaimana mahu membawa amal dan jiwa Ramadhan untuk sepanjang 11 bulan di hadapan sana?

Malam Al-Qadar itu kita tidak pasti bila, tapi malam Aidil Fitri itu sudah tentu tarikhnya.

Maka jangan dipersiakan dua malam yang utama ini, supaya kita tidaklah rugi.

Sekualiti mana amal2 Ramadhan kita diangkat? Lihatlah kesinambungannya dalam 11 bulan - itulah petua tersirat.

Masih berterusankah segala tilawah, tadabbur, lafaz zikrullah, zikrullah, tahajud dan solat2 sunat? Masih kemaskah diri mengelakkan mazmumah, mencarut, tabarruj, menunjuk2, tercari2 pujian, dan mengumpat?

Apalah sangat ertinya tungkus-lumus amal2 Ramadhan, jika pada Syawal lagi satu-persatu sudah kehilangan.

 

1 Syawal 1446

No comments: