Petikan PENGAJIAN KITAB AR-RISALATUL LADUNNIYAH oleh Ustazah Musf al-Ghazali
1. Kitab ini dikarang oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, seorang mujtahid dalam keempat2 fardhu ad-diin, atau keempat2 tungku agama yang terdapat dalam hadith Jibril, dan beliau juga merupakan mujaddid bagi kurunnya. (4 + 1)
2. Empat fardhu ad-diin : al-imaan, al-islaam, al-ihsaan, dan as-sa’ah.
3. Dalam Tariiqah Ghazaaliyah ini, ada 4 kitab yang sangat berkait rapat iaitu :
i) Kitab رياضة النفس (Rhiyaadotuun Nafs) atau Kitab Latihan Jiwa.
ii) Kitab شرح عجائب القلب (Syarah ‘Ajaaibil Qalbi) atau Kitab Keajaiban Hati.
iii) Kitab مشكاة الأنوار و مصفاة الأسرار (Misykaatul Anwaar).
iv) Kitab الرسالة اللدنية (Ar-Risaalah al-Ladunniyah) atau Risalah Ilmu Laduni.
Menurut mursyid Tariqah Ghazaliyah ini dulu iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali, keempat2 kitab ini bolehlah diibaratkan macam 4 adik-beradik.
4. Mengapa Imam al-Ghazali menulis risalah ini? Kerana ada seorang sahabatnya meminta agar Imam al-Ghazali menuliskan satu pencerahan, sebagai jawapan kepada seorang ulama’ lain yang menolak kewujudan ilmu ladunni ini. Dari sini fahamlah kita, bahawa walaupun seseorang itu bergelar ilmuwan agama atau ulama, belum tentu dia ada ilmu tentang ilmu laduni ini. Masalahnya, pada pemahaman kebanyakan manusia, asalkan seorang tu ulama, ilmuwan agama, ustaz, berjawatan dalam agama, ada kelulusan akademik agama, mahir bercakap bahasa Arab, banyak pengikut dalam agama… maka mereka dianggap mahir dalam SEGALA ASPEK ilmu agama. Itu tidak benar.
5. Padahal keadaan yang sebenarnya :
Ada ulama yang mahir tungku al-islam tetapi tidak mahir tungku al-iman.
Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-iman tapi tidak mahir tungku al-ihsan.
Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-ihsan tapi tidak mahir tungku as-sa’ah.
Ada yang mahir bab hukum-hakam, tapi tak pandai dalam melagukan Al-Quran.
Ada yang mahir bab tasawuf, tapi lemah dalam bab ilmu hadith.
Ada yang mahir bab aqidah tauhid, tapi tak ada ilmu bab zaman akhir.
Ada yang mahir bab hafazan Al-Quran, tapi blur bab usuluddin.
Begitulah seterusnya.
6. Sanad kitab ini sama dengan dengan sanad Tarekat Ghazaliyah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa ada 4 ilmu yang turun sekaligus bersama2 dalam sanad Tarekat Ghazaliyah ini iaitu :
i) Ilmu al-iman (atau ilmu aqidah) Imam al-Ghazali.
ii) Ilmu al-ihsan (atau ilmu tasawuf) Imam al-Ghazali
iii) Ilmu as-sa’ah Imam al-Ghazali, dan
iv) Ilmu alam Imam al-Ghazali
Apa sahaja ilmu penting yang kita pelajari, pastikan ia bersanad dan sanadnya tidak terputus.
7. Adakah kita akan belajar ilmu ladunni? TIDAK! Yang kita hendak pelajari sekarang ialah ilmu atau maklumat TENTANG ilmu ladunni, bukannya BELAJAR ilmu ladunni. Ilmu ladunni itu sendiri tidak dapat dipelajari. Jangan terpedaya dengan orang2 yang kononnya mengajarkan ilmu ladunni.
8. Apa itu ilmu muktasabah? Ilmu muktasabah ialah maklumat2 yang dapat diketahui dengan cara diusahakan. Maklumat2 jenis ini tidak datang sendiri. Ia tidak datang secara semulajadi. Ia tidak datang secara fitrah.
9. Antara tindakan kita setelah mengikuti pengajian ini :
i) Kita berdoalah selalu memohon agar Allah rezekikan kesempatan kepada kita untuk mengkhatamkan ilmu2 Tariqah Ghazaliyah khususnya syarahan kitab Risalah Laduniyah ini. Janganlah hendaknya ada halangan yang membuatkan kita tak sempat khatam.
ii) Kita teruslah BERPEGANG dengan 4 sayap agama.
iii) Seboleh2nya kita carilah ilmu2 agama yang bersanad, dan sanadnya muttasil iaitu bersambungan tanpa terputus. Seboleh2nya elakkanlah pengajar2 yang tidak bersanad atau yang terputus sanadnya.
iv) Kita mestilah berhati2 dengan pihak2 yang mengaku ada ilmu laduni atau mengajar ilmu laduni. Kebanyakan daripada mereka itu sebenarnya terpedaya, dan sebahagiannya lagi hendak memperdaya (scammer).
v) Kita kena faham dan sedar, bahawa umumnya tak ada seorang pun ilmuwan agama yang MAHIR KESEMUA juzuk ilmu agama. Maka kita ambillah ilmu daripada yang ahlinya.
10. Jadi, siapakah sebenarnya wali Allah? Sebagai pendahuluannya, kita tegaskan di sini awal2 bahawa secara ringkasnya, wali Allah ialah orang yang lebih dipilih oleh Allah berbanding orang2 lain, lebih dekat dengan Allah berbanding orang2 lain, lebih suci dirinya berbanding orang2 lain, tetapi mereka tidak sampai ke maqam nabi2. Itulah wali Allah.
11. Berdasarkan hadith riwayat Imam Bukhari, jelaslah bahawa jalan atau tariq para wali Allah untuk dekat sedekat2nya kepada Allah adalah dengan gigih dalam melaksanaan amal2 yang wajib dan amal2 yang sunat.
12. Selain itu, atas kasih sayang Allah, segala tindak-tanduk para wali Allah umumnya sentiasa berada dalam peliharaan Allah. Maka mereka akan berbuat yang baik2. Telinga mereka akan selalu mendengar yang baik2. Mata mereka akan selalu melihat yang baik2. Tangan mereka akan selalu berbuat yang baik2. Kaki mereka akan selalu ke arah dan ke tempat yang baik2.
13. Pada maqam yang lebih tinggi lagi, para wali Allah akan mencapai kemuncak tauhid sehinggakan diri mereka sendiri sudah tidak ada wujudnya.
14. Pada zaman Imamul Ghazali dulu, orang2 yang dah level ulama pun ada juga yang tak tahu dan tak faham tentang ilmu laduni. Allah tak rezekikan kepada mereka pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu laduni ini. Ringkas kata, kerana mereka tidak ada mursyid, tidak ada tariq, dan tidak mendalami ilmu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah).
15. Allah bagitau kepada Jibril… 4 sayap. Jibril bagitau kepada Rasulullah dan para sahabatnya… 4 sayap. Para sahabat bagitau kepada tabi’in… 4 sayap. Begitulah generasi demi generasi sampailah kepada Imaam al-Ghazaali… 4 sayap. Begitulah bergenerasi dari Imaam al-Ghazali sampailah kepada kita… 4 sayap. Maka… kita usahalah tumbuhkan dan gunakan keempat2 sayap juga. Jangan diabaikan walau salah satu.
Kita berguru, bersanad, belajar, beramal, dan menyampaikan pula kepada orang2 lain.
16. Umumnya :
Orang2 yang jahil akan ilmu laduni, akan cenderung untuk menolak ilmu laduni.
Orang2 yang jahil tentang tiang agama ke-4 iaitu ilmu as-sa’ah, akan cenderung untuk menolak ilmu as-sa’ah.
Orang2 yang jahil tentang maqam2 selepas awwaluddin ma’rifatullah, akan cenderung untuk menafikannya.
…lebih2 lagi kalau orang2 yang dipandangnya lebih rendah daripada dirinya, tiba2 orang2 itu pulak yang ada ilmu tentang hal2 tersebut.
Begitulah seterusnya.
No comments:
Post a Comment