Thursday, April 24, 2025

Ringkasan Pengajian Kitab Rahsia Puasa oleh Paklong Abu al-Ghazali

 

Petikan/ Ringkasan PENGAJIAN KITAB RAHSIA PUASA (IHYA’ ‘ULUMUDDIN) oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

 

Alhamdulillah. Segala puji2an yang ada hanyalah untuk Allah. Syukur. Ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua ikhwah Ghazaliyah. Terasa lama sangat dah tak berjumpa.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf zahir dan batin, luar dan dalam,yang kelihatan ataupun yang terselindung akan segala salah silap, kelemahan dan kekurangan selama ini.

 

Semoga Ramadhan yang lalu adalah Ramadhan yang terbaik, atau sekurang2nya antara yang terbaik bagi kita - dari segi hubungan kita dengan Allah dan dari segi amal2. Dan tidak kita lupa, semoga Syawal ini pun adalah Syawal yang terbaik, atau sekurang2nya antara yang terbaik bagi kita – dari segi hubungan kita dengan Allah dan dari segi amal2 soleh.

 

Sebagai ahli sufi atau pelajar sufi, sememangnya kita berusaha untuk mencapai satu kualiti atau mutu yang lebih daripada orang kebanyakan atau orang awam. Orang lain “kejar” pahala, orang2 sufi lebih “mengejar” redha. Orang lain “kejar” syurga, orang2 sufi lebih “mengejar” Tuan Punya Syurga. Orang lain “berdiri” atas takut dan harap, orang2 sufi lebih “berdiri” atas cinta dan rindu. Begitulah seterusnya.

 

Sesungguhnya ilmu2 dan maklumat2 yang hendak disampaikan itu sangat banyak, tapi kita punya ruang dan masa amat terhad. Usia sahaya dah 52 tahun Masihi. Imam al-Ghazali meninggal dunia usia 53 tahun Masihi.

 

Dalam dua tahun ini, sekiranya tuan2 terperasan, saya banyak tekankan tentang puasa dan Ramadhan. Sebenarnya saya sedang syarahkan Kitab Rahsia Puasa (dalam Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin) le tu. Dulu2, saya syarahkan Kitab Rahsia Puasa ini sewaktu tazkirah solat terawih. Masa tu tiap kali bulan posa, saya jadi imam di Surau An-Nuur. Dalam 10 minit setiap malam. Sempatlah beberapa kali Ramadhan.

 

ANTARA KESILAPAN2 SEPANJANG RAMADHAN

Ada kesilapan2 yang mendatangkan dosa, dan ada kesilapan2 tidak mendatangkan dosa tetapi membuatkan kita kerugian. Oleh kerana kita membawa dakwah tajdid, maka kita kena usaha mentajdid diri dan diri2 yang lain (masyarakat dan umat).

1. Ada orang yang puasa tapi tak solat. Umumnya kalau solat tak beres, amalan2 lain pun dikira tak beres. Saangat rugi. Dosa pun dosa.

2. Ada yang solat terawih tapi tak selesai fardhu. Terawih 20 rakaat itu dia punya pulun, sangat bagus, padahal sunat. Tak buat, tak berdosa. Tapi solat fardhu pulak tak cukup dan diambil ringan. Daripada 5 waktu, dia buat 2-3 je.

3. (Lelaki) Solat jemaah terawih tapi tak jemaah Isya’. Contoh : solat Isya’ di rumah sendirian (kalau berjemaah ok le jugak), lepas tu bersungguh2 pi solat terawih berjemaah. Maka kita kena tajdidkan.

4. (Lelaki) Pergi terawih berjemaah tapi pandang tak penting kepada solat Isya dan Subuh berjemaah. Padahal gabungan dua solat berjemaah itu seolah2 solat seluruh malam. Kita tajdidkan.

5. Wanita sibuk nak solat ke masjid seakan2 wajib atau tuntutan berat, usaha itu sangat bagus, tapi yang lebih afdhalnya mereka solat di rumah.

6. Wanita yang sibuk dan kadang2 marah2 atau berubah muka sebab nak juga ke masjid/ surau untuk solat. Tapi buat tak kesah akan suami, anak2 lelaki dan isi rumah yang lelaki tak pergi. Padahal yang lebih baik adalah wanita mengingatkan/ menggesa/ masam muka/ memarahi (semuanya bergantung kepada situasi) ahli keluarga yang lelaki yang sengaja tak pergi solat fardhu berjemaah ke masjid. Si wanita tidak dituntut pergi, mereka yang lelaki yang dituntut. Maka, kita tajdidkan.

7. Ada yang tumpu terawih tapi remehkan amal2 yang nak dibawa selepas Ramadhan. Biasanya selepas Ramadhan, amal2 kita akan menurun sikit (termasuklah saya). Tapi kebanyakan orang akan merudum. Antara puncanya – tersilap beri penekanan amal sepanjang Ramadhan. Mereka lebih tumpu kepada amal2 yang khusus pada Ramadhan, iitu amal2 yang tak dapat nak dibawa ke bulan2 selepas Ramadhan. Contohnya solat terawih. Habis Ramadhan, lepas isya’… orang tak dapat buat dah solat sunat banyak2. Sepatutnya tumpu yang mana? Lebih tumpu kepada yang kita dapat bawak ke selepas Ramadhan. Contoh : Tilawah Al-Quran, tadabbur Al-Quran, lafaz2 zikrullah, zikrullah, doa, dakwah, mutaalaah bahan2 agama, menulis bahan2 agama, solat2 sunat (witir, qabliyah dan ba’diyah, hajat). Orang2 yang tekankan amal2 ini, insya-Allah akan banyak yang kekal sampailah ke Ramadhan yang akan datang. Tapi kalau yang tekankan terawih sahaja, biasanya start 1 Syawal dan hilang amal2nya sampailah 11 bulan pulak. Maka, kita tajdidkan.

8. Ada yang sibuk cari petanda malam Al-Qadar tapi tak sibuk istiqamah amal. Malam Al-Qadar ni kita tak perlu tentukan pun. Perkataan “cari” malam AQ tu bukan bermaksud macam kita cari benda atau cari orang. “Cari” tu ertinya kita berterusan buat banyak amal zahir dan amal batin di sepanjang Ramadhan, terutamanya pada 10 malam terakhir, sebab… dah pasti kita akan dapat Malam Al-Qadar. DAPAT Malam Al-Qadar tu bukannya bermaksud kita dapat tahu pada malam yang mana Al-Qadar berlaku, tapi dapat Malam Al-Qadar tu bermaksud kita berjaya buat penambahan amal2 dan kebetulan kena pada malam Al-Qadar, sama ada kita tahu malam tu malam Al-Qadar atau pun tak tahu. Dapat malam Al-Qadar tu Allah je tahu. Kita serah kepada dia. Camne nak tahu dapat ke tak? Sekiranya sepanjang 29/30 malam Ramadhan tu kita berjaya buat amal2, maksudnya kita dapat le tu. Tapi kalau ada termiss 1 malam, ada kemungkinan tak dapat. Maka, kita tajdidkan

9. Ada yang cari malam Al-Qadar tapi tumpu malam ganjil sahaja. Di rantau Asia Tenggara ini sahaja, kadang2 ada sampai 4 tarikh permulaan puasa dan 4 tarikh 1 Syawal. Masing2 pihak ada hujah masing2 dan mendakwa tarikh merekalah yang betul. Sekalipun katakanlah perbezaan hari tu ada dua hari je berbeza, maka malam AQ boleh berlaku pada mana2 malam sama ada ganjil atau genap. Jadi, beramallah pada setiap malam. Kita tajdidkan.

10. Dulu, fadhilat2 terawih malam sekian2 - dah macam tak ada dah. Dulu.. jenoh nak perbetul. Sekarang mungkin masih ada, tapi amat sikit.

11. Dulu, ada yang puasa tapi merokok. Kononnya merokok tidak membatalkan puasa. Sekarang mungkin masih ada tapi amat sedikit.

12. Ada yang puasa mulut dan kemaluan sahaja. Mata, telinga, tangan, kaki… macam tak puasa.

13. Tiba bulan Ramadhan, ada yang terus tumpu amal2 persendirian sahaja. Stop amal2 dan kerja2 lain. Kononnya itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Inilah akibatnya apabila umat tak ada dan tak lepas ilmu fardhu as-sa’ah. Kita kena tajdidkan.

 14. Memohon maaf dan bermaaf-maafan sebelum Ramadhan, lagi baik. Sebab kita nak amal2 Ramadhan kita bermula 1 Ramadhan terus/ lebih mudah terangkat. Pada Syawal, bermaaf2an lagi.

15. Ada yang kejar habis cepat Quran tanpa ambil tahu erti bacaan. Dikejarnya jumlah bacaan, tapi langsung tidak mahu ambil tahu pengertian bacaannya sepintas lalu. Lebih baiklah baca Al-Quran, dan baca juga terjemahannya.ahgaian2 yang kurang jelas, bertanyalah kepada orang2 yang ada ilmu.

16. Ada yang berbuka puasa, seolah2 dia kumpul segala makanan dari sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam – semua sekaligus dihidnag dan dimakan pada waktu berbuka puasa.

17. Ada yang masih percaya kononnya Imam al-Ghazali kata jika malam permulaan puasa jatuh pada hari sekian2, maka malam Al-Qadarnya akan jatuh pada malam sekian2. Itu bukan daripada Imam al-Ghazali. Tidak diketahui penulis kitab itu ambil daripada mana lalu dikaitkannya dnegan Imam al-Ghazali. Sekiranya ada, kita dalam Tarekat Ghazaliyah adalah yang lebih awal dan lebih kuat berpegang padanya. Tapi, memang tak ada.

18. Ada yang tinggalkan terus menuntut ilmu2 agama lalu tumpu amal. Sebenarnya, bagi orang2 yang agak berilmu, eloklah melebihkan amal, tanpa meninggalkan menambah ilmu. Tapi bagi orang2 yang banyak kurang ilmu, eloklah melebihkan menuntut ilmu, tanpa meninggalkan berbuat amal.

19. Malam 1 Syawal – hilang habis atau merudum amal2. Selain daripada malam Al-Qadar, malam Aidil Fitri juga adalah malam yang dituntut untuk membanyakkan amal. Malam Al Qadr itu yang mana satu kita tak pasti, entah dapat entah tidak. Sedangkan malam Aidil Fitri, sudah terang lagi bersuluh dan amat jelas sekali. Kita dah tau dah malam bila. Tapi… malam itulah yang hampir semua orang terlepas. Kita tajdidkan.

20. Hari 1 Syawal pulak – ada yang seakan2 tak mahu raya. Tak kena jugak. Solehlah tara mana pun, tak boleh puasa. Itu petanda Allah nak suruh sambut Hari Raya.

… dan banyak lagi.

 

Pada Syawal ini, tahniah kepada yang masih dapat mengekalkan solat2 sunat (selain terawih), jumlah bacaan dan tadabbur Al-Quran, lafaz2 zikrullah, zikrullah, tahajud, berkata2 hanya yang baik2, dsb. Kita nak bawa hasil tarbiah Ramadhan yang lalu dalam sebelas bulan mendatang ini. Jauh lagi perjalanan kita. Semoga tidak gagal bermula hari ketiga Syawal dan seterusnya. Apalah sangat ertinya tungkus-lumus amal2 Ramadhan, jika pada Syawal lagi satu-persatu sudah kehilangan.

 

 1 Syawal hari kemenangan, tapi biasanya akan jadi hari kejatuhan. Bermula 1 Syawal itu biasanya menjunam lajulah segala amal2 dan merudum padu akhlak2 Ramadhan. Hilanglah atau tinggal sedikit sahaja solat2 sunat, tilawah Al-Quran, tadabbur Al-Quran, lafaz2 zikrullah, zikrullah, qiamullail, tahajud, witir, dll. Hilang atau sangat berkuranganlah penjagaan kata2, penjagaan mata, penjagaan minda, perasaan sentiasa berada dalam pengawasan Allah, dll. Bukannya kembali kepada fitrah, tapi kembali kepada jahiliyah. Wahai diriku sendiri! Check amalan! Cover balik! Istighfar! Taubat! Jangan kalah lagi kali ini! Jauh lagi amal2 Ramadhan hendak dipertahankan dan dibawa sepanjang 11 bulan mendatang ini. Pertahan sehingga Ramadhan yang akan datang. Penat bertungkus-lumus bermujahadah selama sebulan, tiba2 tewas dengan mudahnya pada Syawal lagi. Malunya jika setiap tahun masih berulang kegagalan yang sama. Umumnya, apa amal2 Ramadhan yang dapat engkau pertahankan sepanjang 11 bulan nanti, itulah petanda sejauh mana, sebanyak mana dan setinggi mana terangkatnya amal2 Ramadhanmu yang lalu ke “sisi”-Nya.

No comments: