Saiyidina Ali yang berjawatan kahalifah kehilangan baju perangnya lalu terlihat baju perang itu berada di tangan seorang bukan muslim. Saiyidina Ali meminta baju perangnya tetapi si bukan muslim berkeras bahawa baju itu miliknya. Kes ini pun dibawa ke hadapan hakim (padahal Saidina Ali boleh sahaja merampas baju perang tersebut sekirany dia mahu berbuat demikian). Dipendekkan cerita, hujah2 Saiyidina Ali tidak cukup kuat lalu baju besi itu kekal di tangan si bukan muslim. Si bukan muslim terharu melihat keadilan Islam walaupun ke atas khalifah sendiri lalu dia pun memeluk agama Islam. Baju perang itu dipulangkannya kepada Saiyidina Ali tetapi Saiyidina Ali menghadiahkan baju perang itu beserta hadiah2 lain kepadanya pula.
Kemenangan si bukan muslim dalam kes ini hanyalah dalam hal pemilikan baju perang tersebut sahaja. Kemenangannya tidak sama sekali bermaksud kemenangan atau benarnya pegangan agama dan perjuangannya selama ini. Kemenangannya itu juga bukan bermaksud kekalahan atau ketidakbenaran agama dan iktiqad Saiyidina Ali. Hendaklah dibezakan hal2 tersebut.
No comments:
Post a Comment