Tuesday, February 27, 2024

Elakkan Golongan yang Menunjuk2 Tahu

 

KADANG2 pihak2 tertentu mewujudkan sesuatu istilah, rangkai kata, ayat atau puisi yang ganjil2 dan pelik2 dengan tujuan untuk lebih menarik hati orang ramai, lebih menjadikan mereka dan ajaran mereka terpandang istimewa lagi misteri, untuk menunjukkan ketinggian ilmu dan pencapian mereka, dan atas maksud2 lainnya.


Dalam pengajian intensif ilmu aqidah yang lalu, ada kita petik kalam Imam al-Ghazali dalam Ihya’nya tentang golongan2 yang terpedaya. Antara tulis al-iman :


Antaranya lagi ialah mereka yang mendakwa berma’rifah (mengenal Allah), menyaksikan Al-Haqq, melewati maqam-maqam dan hal ehwal (kononnya berada pada kedudukan yang tinggi), selalu ‘ainusy-syuhud dan dekat dengan Allah.”


Sebenarnya mereka tidak mengenal pun perkara-perkara ini selain pada nama-nama dan KATA-KATA (hebat pada istilah-istilah dan cerita-cerita sahaja) yang DIULANG-ULANGNYA (untuk menunjukkan dia arif dan bermaqam tinggi).”


Lagi kata al-imam : “Sebenarnya di sisi orang-orang yang mempunyai qalbu (orang-orang yang benar pada jalan tasawuf ini), mereka (di atas tadi) hanyalah orang-orang dungu yang jahil. Mereka tidak sekali-kali berfaham teguh dengan suatu ilmu pun, tidak terdidik dengan akhlak mulia, tidak menyusun dengan tertib akan sesuatu amal, tidak mengintip hati melainkan mengikuti hawa nafsu. Mereka mendapat kata-kata (pelajaran) yang TIDAK BERFAEDAH dan SEKADAR MENGHAFALKANNYA.”


Orang2 yang Jangan Dijadikan Teman Karib

 


Orang2 yang jangan diambil sebagai teman karib, antara ciri2nya :

i) Apabila melihat dirinya, kita MAKIN TERJAUH pula daripada mengingati Allah, Rasulullah dan agama.

ii) Apabila teringat dirinya, kita MAKIN TERJAUH pula daripada ingat akan agama, ilmu2 agama dan dakwah.

iii) Apabila duduk2 dengannya, MAKIN JAUH pula kita daripada pengetahuan agama, pemahaman agama dan kesedaran agama.

iv) Apabila mendengar cakap2nya, MAKIN MENJAUH pula daripada ilmu2 agama, amal2 agama dan usaha2 agama.

v) Apabila membaca atau menonton posting2 dan sharing2nya, akal dan hati kita MAKIN MENJAUH pula daripada Allah, Rasulullah, agama dan dakwah.


22/2/24

Semua Nabi Berdakwah

 

Rasulullah saw bersabda :Tidak ada seorang nabi pun sebelum aku melainkan jadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.” (Muslim)


i) Kita kena ada ilmu membeza dan menyaring. Maka kena berguru dan belajar ilmu membeza dan menyaring ini.

ii) Antara yang hendak dikenal, dibeza dan disaring adalah mana yang benar (haqq) dan mana yang salah (batil). Dan tentunya yang paling utama adalah untuk menegenal, membeza dna menyaring yang mana Allah dan yang mana makhluk, agar tidak tersalah Ilah, pengabdian, ibadah dan sembahan.

iii) Semua nabi tidak sekadar kena ada, malahan mereka kena menunjukkan kepada orang lain tentang yang benar dan yang salah. Ertinya semua nabi menyampaikan atau berdakwah kepada orang lain.

iv) Orang2 berilmu itu pewaris para nabi. Tak mahukah kita menjadi orang2 berilmu agama? Tak mahukah kita menjadi pewaris para nabi?


27/2/24

Wednesday, February 21, 2024

Kepentingan Ilmu Membeza

 

Ilmu membeza ini amatlah penting. Jika tidak tahu atau gagal membeza yang mana Allah dan yang mana bukan, yang mana Zat Allah dan yang mana zat makhluk, yang mana Al-Haqq dan yang mana batil - hancurlah segala-galanya. Engkau kemungkinan besar akan terIlah, tersembah, berabdi dan beribadah akan selain Allah yang disangkakan sebagai Allah.


Antara tujuan utama Rasul2 dan nabi2 diutus adalah untuk membeza, kitab2 suci diturunkan untuk membeza, para ulama diwujudkan untuk membeza, dan karya2 mereka berisi ilmu membeza – yakni membezakan antara yang haqq dan yang batil, antara yang benar dan yang salah.


Allah SWT berfirman : “Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). (Ali Imran : 4)


Saah satu nama Al-Quran ialah Al-Furqaan yang bermaksud “yang membezakan antara yang benar dan yang salah”. Saiyidina Umar r.a juga dikenali sebagai Umar al-Faruq iaitu Umar yang menjadi pembeza antara kebenaran dan ketidakbenaran.


Allah Azza wa Jalla berfirman : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah : 185)


Firman-Nya : Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.” (Al-Anbiya’ : 48)


Yang bersayap lapan, berwarna merah dan melompat2 dari awan ke awan itu Zat Allah atau bukan?


Orang2 yang ada ilmu membeza, insya-Allah dalam satu detik sudah boleh menyaring. Bagi yang tidak punya, antara kemungkinan yang wujud :

i) Akan tersalah. Contohnya , “Allah le tu. Itulah Ilah kita. Kita kena berabdi dan menyembahnya.”

ii) Akan ragu2, was2, agak2 dan tidak pasti. Padahal dalam hal aqidah tidak boleh agak2. Contohnya, “Tak pasti le itu Allah atau bukan. Mungkin ye mungkin tidak. Rasa macam bukan Dia, tapi... entahlah.”

iii) Akan tersesat. Contohnya, “Itulah Zat Allah. Semuanya Zat Allah. Tidak ada membeza. Tidak ada haqq atau bathil kerana semuanya haqq. Tidak ada benar atau salah kerana semuanya benar. Maka, itulah Ilah kita, itulah Rabb kita, itulah Malik kita, kita berabdi kepadanya, itulah sembahan kita, itulah zat kita. Semuanya sama tanpa beza.”


Alankah bahayanya jika tiada ilmu membeza dan tidak mahu membeza. Iblis dan syaitan suka jika kita tiada ilmu membeza dna tidak mahu membeza. Tiada kemampuan untuk membeza itulah yang mewujudkan para pengIlah benda2 alam sekeliling, para penyembah berhala, para pengabdi kepada makhluk2 ghaib, orang2 yang menjadikan manusia sebagai Rabb, yang menjadikan benda2 langit sebagai tuhan, yang menyangkakan makhluk sebagai Allah, dan sebagainya.


Firman-Nya : Katakanlah : "Patutkah kamu berabdi (beribadah, menyembah, berIlah, berTuhankan) kepada sesuatu yang lain daripada Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al Maidah : 76)


Ilmu membeza ini daripada Allah SWT, merupakan ilmu rasul2 dan nabi2. Lagi tinggi maqam, lagi tinggilah ilmu membezanya yang dianugerahkan oleh Allah. Lagi “hampir” kita kepada Allah, lagi cekaplah kemampuan membeza kerana kita semakin “menghampiri” Dia Yang Maha Bijaksana dalam membeza.


Firman-Nya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah (melainkan hendaklah dibezakan), dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah : 42)


18/2/24

Kita Diuji dengan Keramaian

 

Kadang2 kita diuji dengan harta. Kita sangka apabila dapat banyak harta maka pasti kita sedang berada di jalan yang benar dan disukai oleh Allah, manakala yang miskin itu sedang tidak benar dan sedang dimurkai Allah.

Kadang2 kita diuji dengan keramaian. Kita sangka yang ramai itu pasti benar dan pilihan Allah, manakala mereka yang sedikit itu tidak benar dan terkutuk.

Kadang2 kita diuji dengan kesihatan, kemenangan, kecantikan dan sebagainya. Begitulah seterusnya.

Sunday, February 18, 2024

Jangan Terhenti Pada Makrifat

 

Jangan terhenti pada ma’rifah

kerana itu awalnya langkah,

awwal ad-diin ma’rifatullah,

khuatir akhirnya sesal tak sudah.


Ma’rifah disangka puncak tertinggi

kerana tak maklum yang lebih atas lagi.

Akhir ad-diin puncak tertinggi,

kamal ad-diin terbang ke langit tinggi.


Tiada belajar, tiadalah sedar.

Tiada berguru, tiadalah tahu.


Awwal – nisf – akhir – kamal.


Mencapai awwal ad-din (ma’rifah) – baaanyak-banyak.

Mencapai nisf ad-diin- sikit-siiikit

Mencapai akhir ad-diin – jarang-jarang

Mencapai kamal ad-diin – kaddang-kaddang



Orang Yang Dengki Itu Apa Mahunya?

 

1. Orang yang hasad (dengki, iri hati) itu mahu apa sebenarnya?


Jawapannya : Dia mahu kita berada di bawah daripada dirinya. Dia mahu kita jangan sesekali melebihi dirinya. Dia juga mahu mendengar atau mahu melihat kita gagal, lemah, kecewa, bodoh, jahil, tidak sihat, tidak gembira, tidak selesa, ketinggalan, tidak terselamat, terkena bahaya, terlepas sesuatu yang kita miliki, dibenci orang, dihina orang, dipulaukan orang, dan sebagainya. Ada terbit perasaan gembira atau sukacita dalam qalbunya apabila kita terkena hal-hal yang di atas. Jika boleh, rezeki dan kelebihan2 yang Allah kurniakan kepada kita itu dapatlah kiranya berpindah kepada dirinya.


2. Apa yang orang dengki itu tidak suka?


Jawapannya : Dia tidak suka apabila kita berada atas daripada dirinya, yakni apabila kita lebih daripada dirinya. Sama tara pun dia tidak suka. Kadang2 hanya hampir2 sama atau mendekati dengan keadaan dirinya pun dia sudah berasa tergugat. Dia tidak suka mendengar atau melihat kita berjaya, kuat, ada ilmu, pandai, bijaksana, senang hati, tenang hati, gembira, selesa, tidak ketinggalan, terselamat, terlepas daripada mudarat, masih memiliki apa yang dia dengkikan itu, disukai orang, disayangi, dihormati orang, dikerumuni orang, dan sebagainya. Akan terbit perasaan tidak senang hati, resah, gelisah, tidak senang duduk, bengang, tidak tenteram, tidak puas hati, sakit hati, marah, dendam, dan seumpmanya apabila kita memperoleh hal2 yang di atas.


3. Apa yang kita kena buat dalam menghadapi orang yang dengki?

i) Kita doakan hidayah Allah buat dirinya. Dan untuk diri kita sendiri sudahlah tentu lagi berterusan.

ii) Jika ada kemampuan dan keadaannya sesuai, nasihati dia.

iii) Seboleh-bolehnya kita cuba elakkan atau kurangkan (kerana ada kala kita tidak dapat mengelak juga) daripada membuat dia berasa tergugat. Usahakan agar dia tidak tahu atau kurang tahu akan rezeki kita, kejayaan, kelebihan, kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, kekuatan, keilmuan, kepandaian, kemahiran, ketenangan, keselesaan kita, dan sebagainya. Lagi kurang dia tahu, lagi kurang risiko untuk dia dengki.

iv) Jarakkan diri dan jaga jarak tersebut. Dengan cara begitu, perbuatan2 tidak baiknya akan berkurangan. Jika ada pun, kurang kesannya kerana ada kejauhan.


4. Apakah antara petanda yang kita sukar terkena penyakit dengki?

Apabila kita turut berasa gembira dengan rezeki atau kelebihan yang diperolehi oleh orang lain. Jika bersesuaian, kita juga terasa mahu turut sama meraikannya. Kita tidak terasa tergugat dengan rezeki dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka. Kita sering mendoakan yang baik2 kepada mereka. Qalbu selalu terasa lapang dan damai.


13/2/24

Ahli Awwal Sibuk Mengenal

 

Ahli awwal itu sibuk dengan mengenal.

Ahli nisf itu baru bertunangan.

Ahli akhir itu sudah bernikah.

Ahli kamal itu sudah memperoleh cahaya mata.


Ini hanya ibarat untuk menghampirkan kepada faham.

Ia bukan sebenar2 percontohan.

Bermimpi Akan Ustaz Abdullah Khandak

 

Pada tahun 1998 saya ada bermimpi akan seorang hamba Allah yang memakai pakaian biasa orang2 Melayu zaman dahulu (zaman2 sebelum Merdeka) iaitu berbaju Melayu, berseluar separas betis dan bersamping. Di kepalanya terlilit serban hitam yang agak tebal. Janggutnya secekak. Helaian janggutnya yang hitam dan putih lebih kurang sama banyak. Gayanya gaya pendekar. Tubuh badannya kekar. Wajahnya cerah, tenang tetapi ada ketegasan. Di pinggangnya ada keris atau parang (saya sudah lupa yang mana satu). Saya seakan2 punya hubungan rapat dengannya tetapi saya tidka pernah ketemu dan tidak tahu langsung identitinya.


Ketika itu dia sedang menghadiri satu macam perjumpaan di sebuah kawasan seakan2 pondok pengajian yang luas kawasannya. Banyak orang lain yang datang. Kebanyakannya berserban dan berjubah putih. Ada kain rentang bertulisan jawi di pintu gerbang. Kalau tak salah, antara yang tertulis di situ ialah perhimpunan guru2 agama, atau yang lebih kurang begitulah ayatnya.


Yang peliknya semua hadirin mempunyai sayap. Ada yang bersayap dua dan sebahagian lagi bersayap tiga. Di celah2 mereka ada 3-4 orang yang bersayap empat termasuklah si pendekar tadi. Ada yang kelihatan berjalan kaki dan ada yang terbang lalu turun ke tanah.


Semua berbondong2 berjalan ke dalam kawasan pondok menuju ke pusatnya di tengah2. Sampai di suatu tempat, semua yang bersayap dua berhenti. Sampai suatu tempat pula, semua yang bersayap tiga pula berhenti. Sementara itu yang bersayap empat terus masuk jauh ke dalam, entah ke mana. Mungkin ke pusatnya di tengah2. Wallahua’lam. Tamatlah mimpi.


Apabila bertemu dengan mursyid, saya pun ceritakanlah mimpi tersebut. Katanya yang berwatak pendekar bersayap empat itu ialah gurunya sendiri iaitu Tuan Guru Abdullah Khandak (biasa disebut orang sebagai Ustaz Dollah Kandak). Ertinya dia ialah guru kepada guru saya. Memang namanya ada dalam jalur salasilah Tariqah Ghazaliyah. Patutlah terasa macam ada hubungan.


Ustaz Abdullah Khandak ini ialah salah seorang pejuang yang menentang penjajahan. Kisahnya seakan2 cerita Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan seumpamanya juga.


16/2/24

Stesen Awwal, Stesen Akhir

 

Ibarat mendaki gunung...


Yang berada pada stesen awwal

dapat membawa ke stesen awwal

dan menunjukkan jalan ke stesen nisf (tengah).


Yang berada pada stesen nisf

dapat membawa ke stesen nisf

dan menunjukkan jalan ke stesen akhir.


Yang berada pada stesen akhir

dapat membawa ke stesen akhir

dan menunjukkan jalan ke stesen kamal.


Yang berada pada stesen kamal

umumnya tidak dapat membawa ke stesen kamal

hanya dapat menunjukkan jalan ke sana.


18/2/24

Ilmu Terus daripada Allah?

 

Guru sahaya Ustaz Muhammad Salleh pernah menceritakan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berada di Singapura telah didatangi oleh seorang hamba Allah. Mereka pun berbual2 tentang banyak perkara. Kemuncak dialog mereka adalah (lebih kuranglah dalam gaya bahasa orang zaman belakangan ini) sebagaimana berikut :


Hamba Allah : Kami tidak perlukan guru dan kitab kerana kami mendapat ilmu terus daripada Allah.

Syeikh Muhammad : Orang2 lain pun ada (ilmu tersebut).

Hamba Allah : (Terdiam kerana mungkin jawapan sebegitu tidak disangkanya).

Syeikh Muhammad : Bahkan mereka ada empat sekaligus. Kan sumber ilmu itu ada empat? 1. Daripada diri sendiri (dalaman diri, tafakkur, dari dalam dikeluarkan) 2. Daripada guru (dan daripada diri2 yang lain, dari luar ke dalam) 3. Daripada bahan2 (kitab, buku, tulisan, alam sekeliling, termasuklah pelbagai media hari ini, dari luar ke dalam) 4. Terus daripada-Nya.

Hamba Allah : (Seperti kebingungan. Mungkin jawapan sebegitu juga tidak diduganya)


Tamatlah perbicaraan bab itu lalu mereka pun berbual tentang hal2 lain.


HARI KEDUA


Esoknya si hamba Allah datang lagi. Dia belum berpuas hati. Pada mulanya mereka berbual tentang hal2 lain. Dan kemuncak perbicaraan mereka adalah :


Hamba Allah : Jika kita sudah mendapat ilmu terus daripada Allah, apa gunanya guru dan kitab lagi?

Syeikh Muhammad : Ada ilmu yang terdapat pada guru tapi tiada dalam kitab. Ada ilmu yang terdapat dalam kitab tapi tiada datang secara terus daripada Allah pada ketika itu. Ada ilmu yang terdapat dalam diri tapi tiada dalam kitab. Ada ilmu yang datang terus daripada Allah tapi tiada pada guru. Begitulah seterusnya. Jika kita boleh mendapat rezeki melalui keempat2 pintu, Allah yang anugerahkan jalan2 rezeki itu, mengapa kita perlu pilih satu sahaja?

Hamba Allah : (Terdiam lama. Berfikir2)

Syeikh Muhammad : Anta berfikir lama. Mengapa anta perlu berfikir lama? Mengapa tidak gunakan sahaja ilmu terus daripada Allah yang anta kata anta dapat itu? Anta datang ke sini pun tentunya dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan lanjut berkaitan perbicaraan kita semalam. Apa perlunya anta datang untuk itu jika anta sudah punya ilmu terus daripada Allah?

Hamba Allah : (Terdiam sebentar lalu tertawa bersama-sama Syeikh Muhammad).


Kemudian perbulan mereka pun berubah ke hal2 lain.


HARI KETIGA


Esoknya dia datang lagi. Sembang punya sembang, kemuncaknya :


Hamba Allah : Setelah saya renung2kan (fikir2kan – guna fikiran juga), memang benarlah apa yang kiai katakan semalam itu. Cuma ana mahu bertanya tentang satu perkara lagi. Bukankah ilmu daripada Allah itu sudah mencakupi segala ilmu termasuklah ilmu2 yang ada pada diri kita, pada guru2 kita dan pada kitab2?

Syeikh Muhammad : Baiklah. Di almari saya itu ada banyak kitab pelbagai cabang ilmu. Sekarang cuba anta keluarkan segala hal ehwal ilmu faraid menggunakan ilmu terus daripada Allah yang anta miliki itu. Boleh? Ana boleh keluarkan pada bila2 masa kerana ada belaka dalam kitab2 di almari itu. Tanpa merujuk kitab2 itu pun insya-Allah boleh ana keluarkan daripada ilmu dalam diri ana. Anta bagaimana? Boleh keluarkan sekarang ilmunya?

Hamba Allah : (Terdiam dan mengangguk-angguk. Apa maksud anggukannya itu, tiadalah jelas ertinya).

Syeikh Muhammad : Ilmu terus daripada Allah itu bukannya sentiasa tiba, dan bukan dalam segala hal agama. Tahap kebersihan dan ketepatannya pun mengikut keadaan diri si penerima.

Hamba Allah : Tapi kan, mungkin ilmu2 terus daripada Allah itu berkaitan hal ehwal keruhanian sahaja.

Syeikh Muhammad : Kalau begitu, cubalah kahabarkan kepada ana tentang keruhanian pada maqam kamaluddin atau sekurang2nya akhiruddin. Ana tidak maksudkan dengan maqam awwaluddin (ma’rifatullah).

Hamba Allah : Bukankah awwaluddin ma’rifatullah itu maqam yang tertinggi?

Syeikh Muhammad : Namanya pun AWWAL. Bgaimana boleh jadi yang tertinggi? Maqam awwal itu memang anak tangga tertinggi bagi orang awwam tetapi hanya anak tangga pertama bagi sufi. Selepas awal, ada tengahnya, ada akhirnya dan ada kamalnya.

Hamba Allah : Oh, ana tidak pernah tahu!

Syeikh Muhammad : Gunakanlah keempat2 pintu rezeki, insya-Allah akan dapat tahu, dapat kenal, dapat alami, mengikut rezeki masing2. Bagaimana anta yang mengaku menggunakan ilmu terus daripada Allah sahaja itu boleh tidak tahu akan hal2 keruhanian ini?

Hamba Allah : ...................

Syeikh Muhammad : Jadi, berapa lama yang anta perlukan untuk menerima ilmu terus daripada Allah berkaitan hal ini lalu boleh mengkhabarkannya kepada ana? Dengan syarat – tidak boleh bertanya kepada sesiapa atau merujuk apa2. Hanya guna ilmu terus daripada Allah sahaja. Boleh sekarang? Dua jam? Dua hari? Dua bulan? (Sepatutnya pada waktu itu jugalah boleh dikeluarkannya).

Hamba Allah : (Setelah sepi beberapa lama) Tak mengapalah kiai. Nanti saya datang lagi insya-Allah. Suka rasa hati ana berbual dengan kiai.

Syeikh Muhammad : Baiklah. Silakan. Cuma satu pesanan ana, ilmu terus daripada Allah itu bukanlah sebagaimana yang difahami atau disangka2 oleh kebanyakan orang. Ia punya maksud yang tersendiri dalam dunia tasawuf ini. Orang2 yang kenal malah mempunyai ilmu tersebut pastinya tidak akan meninggalkan yang 3 lagi iaitu diri, diri2 dan bahan2. Jika benar sekalipun kita memang mempunyai ilmu terus daripada Allah, eloklah kita merendah diri dan disimpan senyap2 sahaja.


Sejak hari itu si hamba Allah tidak datang2 lagi menemui Syeikh Muhammad.


18/2/24


Wednesday, February 14, 2024

10 TAZKIRAH PENDEK – Himpunan Februari 2024 (5)

 

1. Teman2 yang membuatkan kita teringat akan Allah, jarang2 ada. Walau sudah ada, mahu ditambah lagi jumlahnya.


2. Berjuang itu manis bagi orang2 yang “nampak” pahala dan syurga. Jauh lebih manis lagi bagi orang2 yang sudah “nampak” Allah.


3. Orang2 yang tak sanggup susah jangan diajak dan dibawa berjuang, nanti mereka yang akan menyusahkan kita dan orang2 lain.


4. Dunia tempat berjuang. Antara yang diperjuangkan - agar diri dan diri2 yang lain tak tersalah Ilah, Tuhan, pengabdian, ibadah dan sembahan.


5. Segala peraturan agama itu pasti bagus untuk kita. Kita ikut sahaja walau dengan terpaksa.


6. Merindui guru2 dan mursyid2 yang berwatak seakan2 rasul, nabi atau para sahabat r. hum. Mereka tak banyak tapi sentiasa ada.


7. Dikau brtanya tentang tariq sufi, daku pun berceritalah tentangnya. Jangan terkejut kerana ia sedemikian halusnya lagi murni.


8. Mereka yg buat perancangan untuk kenakan kita tapi kemudiannya mereka pula yang berlakon sebagai pihak yang disakiti. Selalu.


9. Tak tahu dalam keadaan tak ada peluang untuk dapat tahu, berbeza hukumnya dengan tak tahu dalam keadaan ada sahaja peluang untuk tahu.


10. Ada tok bomoh dulu2... mereka yang sebarkan belaan2 mereka lalu mereka jugalah yang promosikan tangkal2 mereka kepada masyarakat. Mewah duit.


Bukan Tak Mahu Tapi Tak Boleh kerana Tak Dibenarkan

 

Bukan tak mahu, tapi tak boleh!

Mengapa tak boleh... kerana tak dibenarkan.

Jadi, bukan tak mahu, tapi tak dibenarkan.

Tak mahu dan tak dibenarkan itu berbeza.


Bukan dia tak mahu buat pengajian umum, tapi tak dibenarkan.

Bukan dia tak mahu buat perubatan Islam, tapi tak dibenarkan.

Bukan dia tak mahu datang solat berjemaah, tapi tak dibenarkan.

Bukan dia tak mahu solat Jumaat, tapi hanya sekali dalam 3 minggu yang dibenarkan.


*Syria masih sahaja bergolak. Cuma berita2 tentangnya yang kurang sampai kepada kita.


4 Tiang Ad-diin Ada Kaedah

 

Ilmu fekah (al-islam) ada kaedah.

Ilmu akidah (al-iman) ada kaedah.

Ilmu tasawuf (al-ihsan) ada kaedah.

Ilmu as-sa’ah juga ada kaedah.


Kaedah2 ini diperturunkan daripada guru ke guru,

daripada satu generasi kepada generasi seterusnya,

diwariskan secara bersanad lengkap.


*Jibril mengajarkan - inilah 4 tiang ad-diin.

Terkenal di Langit dan Terkenal di Bumi

 

R4’S yang terkenal di bumi dan terkenal di langit. Kedua-duanya sekaligus.

R – Rasulullah saw

4 – Empat orang sahabat paling utama

S – Sahabat2 utama yang lain.

Tiada kelompok sebaik mereka.

4S merupakan maharaja2 kepada para wali Allah.


Yang kemudian daripada mereka antaranya ialah Hasan al-Basri, Sufyan ats-Tsauri, Junaid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani, Faqih al-Muqaddam, Asy-Syazili, dan banyak lagi.


Selain daripada itu, ada juga golongan manusia yang :

i) tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

ii) terkenal di bumi tapi tidak terkenal di langit.

Iii) tidak terkenal di bumi dan tidak tekenal juga di langit.


11/2/24

Dan Lagi Sebagai Ahli dan Pelajar Sufi

 

Dan lagi sebagai ahli atau pelajar2 sufi, kita hendaklah tekadkan agar segala perubahan baik yang berlaku ke atas diri kita adalah kerana cinta Allah yang menjadi penggerak utamanya.

Berubah kerana teguran orang – bagus.

Berubah kerana mendapat sesuatu yang diingini, kerana mendapat sesuatu rezeki – bagus.

Berubah kerana berlakunya peningkatan usia, sudah tua, sudah semakin tua – bagus.

Berubah kerana sudah pencen, semakin lapang – bagus.

Berubah kerana berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana tertimpa sesuatu bencana, kerana kehilangan sesuatu, kerana tidak berjaya mendapat sesuatu – bagus.

Berubah kerana faktor kesihatan – bagus.

Berubah kerana berasa terpaksa, kerana malu, kerana mengikut budaya persekitaran – bagus.

Berubah kerana dipaksa – masih bagus.

Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik – itu yang tidak bagus.


Tapi oleh kerana engkau hendak mengetahui, mempelajari dan melalui jalan (tariq, tariqat) para sufi, maka berusaha gigihlah agar engkau dapat melakukan sebarang perubahan atas dasar cinta yang utamanya. Jika belum dapat, tidak mengapa. Insya-Allah suatu hari nanti ada rezeki untuk mendapatnya asalkan engkau terus belajar dan mengamal.


Bagi yang sudah ahli, malu rasanya terhadap Allah jika berubah hanya setelah berlakunya sesuatu (sama ada yang diingini atau tidak diingini). Jika tidak berlakulah sesuatu itu, apakah tidak akan berubah? Engkau berubah sebenar2 kerana Dia atau kerana sesuatu selain Dia (wahai diriku sendiri terutamanya)?


Sebegitu halus ilmu dan amal tariqah sufi ini.


13/2/24