Orang
selalu bertanya, apa sebabnya saya suka memakai serban berwarna hitam (dan
pelbagai soalan lagi berkaitan dengan kegemaran dan kebiasaan Rasulullah saw
yang mampu saya contohi) ?
Jawapannya,
sudah tentulah kerana saya mencintai Nabi Muhammad saw, yang membuatkan saya
suka untuk mencontohi kegemaran-kegemaran dan kebiasaan-kebiasaan baginda yang tidak
salah jika dicontohi oleh manusia dan jin, setakat mana yang saya mampu dan
berpeluang, termasuklah selalu juga mengenakan serban berwarna hitam, sekalipun
jika orang lain di sekeliling saya tidak melakukannya.
Jabir
mengatakan : “Nabi saw memasuki kota Makkah pada hari Fathu Makkah dengan
memakai serban hitam.” (Muslim)
Ja’afar
bin Amru bin Huraits yang meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan : “Aku
melihat Nabi saw berkhutbah di atas mimbar dengan memakai serban hitam.”
(Muslim)
Ibnu ‘Abbas
menceritakan : “Nabi saw berkhutbah kepada orang ramai dengan memakai
kain lilitan kepala yang berwarna kehitaman.” (Bukhari)
Antara
kesalahfahaman yang berlaku dalam masyarakat kita :
1.
Yang pakai serban hitam ni Taliban yang
berfahaman Wahhabi.
2.
Yang pakai serban hitam ialah Syi’ah.
3.
Serban hitam ni asalnya ajaran agama Sikh.
4.
Yang pakai serban hitam ni ajaran sesat.
5.
Nabi tak pakai serban hitam.
6.
Sudah naik haji baru boleh pakai serban.
7.
Hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan
pakai serban hitam.
Yang
pentingnya, jangan kita pula yang termasuk golongan yang salah faham itu.
Abu
Zulfiqar
12 Mac
2015
No comments:
Post a Comment