Walaupun
sudah mahir dan bertaraf ulama dalam tauhid, fiqh, tasawuf dan pelbagai cabang pengetahuan
serta menjadi ulama nombor 1 dunia Islam pada zaman itu, Imam Al-Ghazali masih
berasa wujudnya kekosongan besar dalam dirinya.
Hal ini
membuatkan beliau mengembara dan beruzlah selama 10 tahun, barulah kekosongan
itu terisi. Resepi kejayaannya itu diterjemahkannya sebagai kitab Ihya’
‘Ulumuddin, yang dihadiahkannya kepada seluruh umat manusia. Resepi yang sesuai
untuk semua orang yang mahu berusaha, ada di dalamnya.
Bagaimana
dengan aku yang bukan ulama tauhid, fiqh dan tasawuf ini? Sudah berasa cukupkah
aku dengan apa yang ada selama ini tanpa rasa perlunya menyelak helaian-helaian
Ihya”?
Tidak
mahukah aku menggali resepi kejayaan yang sudah disediakan oleh Al-Ghazali itu?
Beliau
yang sudah bergelar Hujjatul Islam pun masih memerlukan kitab Ihya’, aku yang
dhaif ini pula boleh memandang sepi sahaja dan berasa ok dengan apa yang ada…
Itulah
aku…
No comments:
Post a Comment