Saturday, March 1, 2014

Imam Al-Ghazali : Sejarah Hidup & Karya2nya (video kuliah)


http://www.youtube.com/watch?v=Wp_0PZQzF9Y


- Kuliah Maghrib di Surau Sungai Kerang, Terong, Perak pada Rabu 26 Februari 2014.

SEJARAH IMAM AL-GHAZALI

Nama penuh Imam Al-Ghazali ialah Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

Nama adiknya ialah Imam Mujiduddin Abu al-Futuh Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

Lahir di desa Ghazalah, Thus, Khurasan pada 450 Hijrah = 1058 M. (953 tahun yang lalu)

Belajar ilmu fiqh di Thus dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad ar- Razakani.

Belajat tasawuf dengan Yusuf an-Nassaj.

469 H, pergi ke Jurjan. Gurunya Abi Nasar al Ismaili.

471 H pergi ke Nisapur, di Sekolah Nizamiyah. Gurunya Imam Haramain (Abdul Ma'ali, Dhiauddin al Juwaini). Ilmunya setanding dengan gurunya. Menggantikan gurunya mengajar jika gurunya tidak ada.

Jadi pensyarah di Universiti Nizamiyah pada 475 H. (usianya 25 tahun)
479 H, Imam Haramain meninggal.

Perdana Menteri Nizam al-Mulk (dari Bani Abbasiyah) lantik Imam al-Ghazali ganti Imam Haramain..

Kata Imam Haramain : "Al Ghazali itu lautan tak bertepi..."

Mengajar di rumah Perdana Menteri selama 5 tahun. 2 minggu sekali.
Dilantik pula jadi Presiden Universiti Baghdad.

488 haji ke Makkah. Terus ke Syam (Syria), Baitul Maqdis, Damsyiq (Damaskus), Mesir. Beribadah di Masjid Al-Umawi. Sampai sekarang ada sudut bernama Al-Ghazaliyyah. Ketika itulah dia mengarang kitab Ihya' 'Ulumiddin.


KARYA-KARYA IMAM AL-GHAZALI

1. Ihya' 'Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama).
2. Al-Munqiz min adh-Dhalal (Selamat daripada Kesesatan).
3. Ar-Risalah al-Laduniyyah (Risalah Ilmu Laduni).
4. Misykatul Anwar (Misykat Cahaya).
5. Kimiya' as-Sa'adah (Kimia Kebahagiaan).
6. Ayyuhal Walad.
7. Tahafut al-Falasifah.
8. Minhaj al-'Abidin.
9. Maqasid al-Falasifah.
10. Tafsir Al-Ghazali.
11. Fadhaih al-Batiniyyah wa al-Fadhail al-Mustazhiriyyah.
12. Majalis al-Ghazaliyyah (himpunan kuliahnya yang ditulis oleh peminatnya yang bernama Ibnu Labban).
13. Mizan al-Amal.
14. Al-I'tisad fi al-I'tiqad.
15. Sir al-'Alamin.
16. Al-Ma'arif al-'Aqaliyyah.
17. Kitab al-Arba'in.
18. Jawahir al-Quran.
19. Hujjat al-Haq.
20. Qisas al-Mustaqim.

"Meskipun ada berpuluh lagi karangan al-Ghazali yang lain, dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan Islam, namun yang menjadi intisari dari seluruh karangan beliau itu ialah kitab Ihya' 'Ulumiddin." -- Dr. HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah), pengarang Tafsir Al-Azhar.


LATAR BELAKANG KITAB IHYA' 'ULUMUDDIN

Ihya' 'Ulumuddin bermaksud "Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama".

Ad-Din boleh membawa maksud agama, akhirat, cara hidup.

Disusun oleh Imam Al-Ghazali kerana pada zaman itu banyak ilmu dan ramai ilmuwan tetapi ruh atau jiwa agama seakan-akan sudah mati.

KITAB-KITAB YANG BERSUMBERKAN KITAB IHYA' 'ULUMUDDIN

1. Bidayatul Hidayah (oleh Imam Al-Ghazali).
2. Hidayatus Salikin (huraian kitab Bidayatul Hidayah oleh Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani).
3. Minhajul 'Abidin (ringkasan Ihya' 'Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali).
4. Siyarus Salikin (ringkasan Ibya' 'Ulumuddin oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani).
5. Mau'izatul Mu'minin (ringkasan Ihya' 'Ulumuddin oleh Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi)).
6. Bimbingan Mu'min (terjemahan Mau'izatul Mu'minin).
7. Mutiara Ihya' 'Ulumuddin (terjemahan Bimbingan Mu'min dalam bahasa Melayu).
8. Tazkiyyatun Nafs (intisari Ihya' 'Ulumuddin oleh Syeikh Sa'id Hawa).
9. Buku Putih Ihya' 'Ulumuddin (saringan kitab Ihya' 'Ulumuddin).
10. Minhaj al- Qasidin (saringan Ihya' 'Ulumuddin oleh Ibnu al-Jauzi.
11. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (ringkasan kepada Minhaj al-Qasidin).
12. Ringkasan Ihya' 'Ulumuddin (terbitan Darul Nu'man).

Maksudnya, dengan mempelajari kitab Ihya' 'Ulumuddin, kita juga sebenarnya mempelajari kitab-kitab di atas.

ANTARA KITA YANG MESTI DIBACA UNTUK MEMAHAMI KITAB IHYA'

1. Al-Munqiz min adh-Dhalal (oleh Imam Al-Ghazali).
2. Misykat al-Anwar (oleh Imam Al-Ghazali).
3. Ar-Risalah al-Laduniyyah (oleh Imam Al-Ghazali).
4. Kimiya' as-Sa'adah (oleh Imam Al-Ghazali).

Maksudnya kita akan belajar berbelas-belas buah kitab secara tidak langsung apabila kita belajar kitab Ihya' 'Ulumuddin.


SENARAI KANDUNGAN KITAB IHYA' 'ULUMUDDIN

Terdiri daripada 40 kitab yang dibahagikan kepada 4 bahagian besar.

No comments: