Sunday, December 22, 2024

Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok

 

Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2 tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang, memang kebanyakan daripada kita akan terasa al-iman kita ok, al-islam kita lurus, al-ihsan kita betul, dan as-sa’ah kita tak ada masalah. Kita tak ada rasa takut tersalah, terkurang atau terlewat. Jika ada kekurangan dan kesilapan pun sekadar yang kecil2 sahaja dan dianggap tidak menggangu pun keagamaan kita. Namun zaman-berzaman pengalaman mengajar kita bahawa apabila orang2 sebegini mula berguru, belajar, mengamal dan mendalami keempat2 fardhu dan rukun ad-diin ini, mereka akan terasa sendiri bahawa masih banyak yang kurang ok, kurang lurus, kurang betul, dan memang ada masalah. Dari itu, mereka akan berusaha lagi dan lagi.


21/12/24

Bijak Urusan Dunia, tapi Lembab Pelajaran Agama

 

Memang ada segelintir golongan orang2 yang bijak dalam urusan2 dunia tapi dalam bab keagamaan mereka benak. Dihidangkan dengan ilmu yang mudah2 pun gagal mereka hadam.

Ada pula golongan orang2 yang laju dalam keagamaan tapi dalam bab urusan2 dunia dia benak pula.

Yang terbaik ialah mereka yang cergas dan cerdas dalam urusan2 keagamaan dan keduniaan.

Tapi yang paling kita kasihani ialah mereka yang lembab dalam urusan keagamaan, dan lembab juga dalam urusan keduniaan.

Keempat2 golongan pun kita kasih, kita doakan dan kita cuba bantu... walaupun kita sendiri serba-serbi lemah. Kurang2 pun, dapat sama2 berusaha.

22/12/24