Inilah kisah seorang hamba Allah yang baru sahaja mengamalkan Tariqah Ghazaliyah lebih kurang 1-2 tahun. Beliau seorang yang rajin beramal. Pada awal tahun 2026 ini beliau ada menulis mesej kepada sahaya yang isinya lebih kurang : “Saya hendak bertanya - Jika isteri saya mahu berbai’ah Tariqah Ghazaliyah ini bolehkah? Dia berminat hendak beramal dengan tariqah ini.”
Maka sahaya pun menjawab : “Sebenarnya amalan2 Tariqah Ghazaliyah ini boleh diamalkan walaupun tanpa diijazahkan atau berbai’ah. Sekiranya kita ada mendapat tahu akan amalan2nya, bolehlah terus diamalkan. Tambahan pula tuan sendiri sudah menjadi ikhwan Tariqah Ghazaliyah. Maka bolehlah mengajari isteri amalan2nya yang bersesuaian. Namun jika dapat berijazah dan berbai’ah, hal itu adalah lebih bagus. Cuma mulai tahun 1447 H (Jun 2025 dan ke atas), saya tidak lagi mengijazahkan Tariqah Ghazaliyah atas sebab2 tertentu sebagaimana pesanan mursyid sahaya dahulu, melainkan dalam hal2 yang sangat khusus atau kecemasan. Jadi, bolehlah mengambil Tariqah Ghazaliyah dengan Tuan Abu Ihsan al-Ghazali di Jerantut, Pahang (juga Ustadz Hasbullah al-Ghazali di Indonesia, Tuan Abu Azri al-Ghazali di Filipina) pada bila2 masa yang dipersetujuinya pada sepanjang tahun (*ketiga2 orang ini merupakan wakil talkin bagi Tariqah Ghazaliyah). Untuk tahun 2026 ini, (*di tempat sahaya ini) Ustaz Dzul al-Ghazali akan mengambil alih sebagai wakil ijazah dan bai’ah. Harinya mungkin pada bulan Februari atau April nanti. Begitulah kisahnya.
Maka sejak itu beliau pun menyampaikanlah amalan2 Tariqah Ghazaliyah ini kepada isterinya lalu diamalkan.
Lebih kurang dua minggu kemudian, beliau mengutuskan mesej yang isi kandungannya : “Saya ada bermimpi masuk ke raudhah. Saya melakukan solat dua rakaat di raudhah berhampiran makam Nabi SAW. Selesai solat, pintu makam terbuka lalu saya masuk ke dalam makam.”
Mimpi ini suatu busyro (khabar gembira) buat beliau. Semoga terus istiqamah.
2/2/26