Tuesday, February 28, 2023

Tak Pemberi Tak Semestinya Tak Pemurah

 

Tak semestinya yang selalu memberi itu pemurah, dan tak semestinya yang jarang memberi itu tidak pemurah. Kadang2 yang jarang memberi itu lebih pemurahnya kerana pemberiannya lebih banyak lagi daripada yang selalu memberi.


Yang selalu memberi itu mungkin mengeluarkan RM10 setiap hari (RM300 sebulan) untuk agama dan umat, tetapi yang jarang memberi itu mungkin sudah mengeluarkan siap2 separuh daripada pendapatan bulannnya untuk agama dan umat sebaik2 sahaja dapat gaji. Mungkin RM1000 walau gaji hanya RM2000. Sebab itulah mereka kelihatan jarang memberi kerana untuk diri dan keluarga sendiri pun memang sudah tidak mencukupi.


Kita berasa berjasa apabila memasukkan RM50, RM10, RM5 atau RM1 ketika tabung Jumaat melintas, lalu kita terasa orang di sebelah macam tak patut kerana RM1 pun tidak dimasukkannya ke dalam tabung itu. Boleh jadi dia sudah memasukkannya awal2 tadi atau kemudian nanti. Boleh jadi dia memang orang faqir. Boleh jadi juga dia memang sudah begitu banyak mengeluarkan wangnya untuk agama dan umat sehinggakan untuk urusannya dan keluarganya sendiri pun memang sedia tidak mencukupi..


Saya pernah ditemukan Allah dengan orang2 yang sebegini. Ada antaranya yang dianggap sebegai kedekut oleh segelintir orang. Membelanja kawan2 memang sangat jarang. Hendak buat kenduri dan jamuan, mungkin tidak pernah. Hendak buat korban dan akikah memanglah sangat susah. Pegri haji atau umrah macam tak pernah. Tetapi jika kita tahu kisah sebenar mereka dalam menginfakkan wang dan harta untuk agama dan ummah, kita yang selalu menghulur ini pula akan terasa jauh ketinggalan. Bukan kita terasa dia tak patut, tapi macam terasa diri kita pula yang tak patut. Wallahua'lam.


28/2/23

Ilmu daripada Qalbu ke Qalbu

 

Ilmu qalbu ini daripada qalbu ke qalbu. Sebab itu mesti berhadapan qalbu (mesti ada guru). Berpindahnya ia daripada qalbu yang ikhlas kepada qalbu yang ikhlas. Barang bersih suci lagi bernilai tinggi tidak dapat bertempat pada "lokasi" yang kotor bernajis lagi murahan. Bersihkan, lapangkan dan hiaskan tempat pendaratan, maka mudahlah mendaratnya, banyak mendaratnya dan selalu mendaratnya. Tetapi jika lapangan terbangnya kotor, sempit dan buruk, pesawat2 pun tidak berminat untuk menjadikannya sebagai tempat mendarat.


Pendek kata ia tidak boleh diteka-teka, dirasa-rasa (walaupun boleh dirasa), dipandai-pandai sendiri, dipuzzle2kan, dan seumpamanya.


Tahun-tahun dalam hayat kita ini ibarat peti-peti. Setahun satu peti. Peti-peti itu mesti diisi dengan ilmu2 dan amal2 qalbu. Sudah berapa banyak peti yang kosong tidak berisi atau ringan kerana kurang isi selama hidup kita ini? Kita tidak tahu ada berapa peti lagi yang akan kita perolehi. Boleh jadi... peti yang ada ini ialah peti yang terakhir. Boleh jadi. Masihkan kita tidak mahu berkorban untuk memenuhkannya?


Ilmu anggota (fekah) sudah agak banyak, ilmu aqal (aqidah) sudah agak banyak, jangan abaikan ilmu qalbu (tasawuf).


Ilmu qalbu - ilmu tungku al-ihsan yang dikenali juga sebagai ilmu tasawuf. Sufi, tarekat, ma'rifah, akhiruddin, kamaluddin dsb berkait rapat dengan ilmu qalbu ini.


28/2/23

Monday, February 27, 2023

Yang Patut Dielak Ketika Belajar Tasawuf

 

Pertanyaan : Assalamualaikum ustaz. Nak tanya, apa perbuatan yang patut kita elak dalam menuntut ilmu tasawuf ni dan apa yang patut kita jauhi?


Jawapan : Waalaikumussalam. Secara ringkasnya, yang patut kita elak dan jauhi ialah bersifat dengan sifat2 mazmumah, iaitu sifat2 yang dikeji pada syarak seperti berlebih-lebihan dalam makan minum, tidak menjaga tutur kata, terpengaruh dan terpesona dengan keduniaan, panas baran, mudah senstif, pendendam, dengki, terpengaruh dengan harta dan kekayaan, kedekut, suka kemegahan, riya', suka menunjuk-nunjuk, sombong, 'ujub (terasa diri hebat), pemalas, pentingkan diri sendiri, dan sebagainya.


Jangan mudah terpesona dengan ramainya pengikut, besarnya pengaruh, tingginya kelulusan, hebatnya rupa, berlakunya hal-hal mencarik adat, hal2 ghaib, tingginya kedudukan, besarnya jawatan, banyaknya duit dan harta, berlambaknya pujian, banyaknya sokongan, fasihnya lidah, dan seumpamanya.


Yang sangat penting, jangan pernah tinggalkan syariat walau serendah atau setinggi mana pun maqam yang dicapai.


Begitulah antaranya.


18/2/23

Jangan Sampai Terlepas, Tertutup, Terjauh

 

Sekiranya dapat, lorong2 yakni ruang2 dan peluang2 terbuka untuk kita mendapatkan sesuatu itu hendaklah disegerakan dapatnya.

Jangan sampai ia sudah berlalu baru kita hendak kejar.

Jangan sampai ia sudah terlepas baru kita ada berasa rugi.

Jangan sampai ia sudah pergi jauh baru kita hendak mengikut.

Jangan sampai ia sudah tertutup baru kita hendak membuka.


Usaha dan ikhtiarlah dengan gigih untuk :

Dapatkan ketika masih muda, jangan tunggu sampai sudah tua.

Dapatkan ketika masih banyak kelapangan, jangan biar sampai sudah semakin banyak kesempitan.

Dapatkan ketika masih kuat, jangan biar sampai sudah lemah.

Dapatkan ketika masih sihat, jangan biar sampai sudah kurang sihat atau tidak sihat.

Daparkan sementara masih dekat, jangan tunggu sampai semakin menjauh.

Dapatkan ketika tanggungjawab masih kurang, jangan biar sampai semakin banyak.

Dapatkan ketika masih senang, jangan tunggu sampai datangnya susah.

Dapatkan ketika masih selamat, jangan tunggu tibanya huru-hara.

Dapatkan ketika masih boleh berpatah balik, jangan tunggu sampai tertutup jalan.

Dapatkan ketika hati masih mahu, jangan biar sampai hati sudah tawar.

Dapatkan ketika masih mampu duduk, berdiri dan berlari, jangan tunggu sampai sudah terlantar.

Dapatkan sementara masih hidup, jangan biar tibanya mati.

Dapatkan ketika masih ada, jangan sampai sudah tiada.

Dapatkan sekarang, jangan tunggu akan datang.


Begitulah umumnya dalam segala hal dan khususnya dalam ilmu2 dan amal2 agama.


Dapatkan ketika masih cerdas, jangan biar sampai datangnya benak.

Dapatkan ketika otak masih kuat mengingat, jangan tunggu sampai sudah lupa banyak.

Dapatkan ketika jiwa masih boleh dirawat, jangan biar sampai ia sudah berkarat.

Dapatan ketika masih senang untuk diubat, jangan tunggu sampai sudah sukar diubat.


Tetapi selalunya begitulah kita. Setelah berlalu baru hendak memburu. Namun sekurang-kurangnya masih jauh lebih bagus juga berbanding orang2 yang sesuatu itu sudah berlalu pun tetapi dirinya masih tidak tersedar apa-apa.


18/2/23

Selagi Niatmu Masih Berlafaz Tanpa Suara

 

Untuk yang melanjutkan pelajaran sufi - Sekiranya sewaktu takbiratul ihram, di dalam hati MASIH BERLAFAZ (berbunyi cuma tidak kedengaran bunyinya sebab di dalam hati) seperti contohnya : 'Sahaja aku solat fardhu.........." (berhuruf, bersuku kata, berperkataan, berayat), maka memang sukar untuk dapatkan dan mahir tentang kalam qadim. Sepatutnya SEDERUP SEDETIK sahaja isi kandungan niat itu tanpa memakan masa beberapa saat. Namanya pun niat, bukannya MELAFAZKAN NIAT di dalam HATI.


Biasanya dari situlah baru dapat melangkah ke "alam" kalam qadim dengan lurus.


20/2/23

Siapa yang Peduli Kebocoran Perahu?

 

Perahu yang kita tumpangi agak besar dan panjang. 40 orang muatannya beserta barang2. Tiba2 perahu terlanggar karang. Kita pun ternampak ada bahagian yang berlubang. Air mula masuk perlahan-lahan dan semakin lama semakin banyak sedangkan kita di tengah lautan.


Kita pun mula mengajak orang2 lain untuk berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Yang ambil peduli hanya beberapa orang. Selebihnya tidak mahu terlibat dan ada yang berkata :


Alah, bahagian bocor tu sikit, kecil je pun! Bahagian2 tak bocor di perahu ni 99.9 %. Apasal sibuk2?

Tak suka perahu ni, buat apa naik? Naik le perahu lain!

Alaa... banyak lagi perahu lain yang lebih teruk. Relax le.

Kita berserah dan bertawakal je kepada Allah. Dia Maha Kuasa lagi Maha Tahu.

Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Kita tunggu je.

Apa yang Allah tentukan bagi kita tu pastinya yang terbaik. Redha je.

Allah berkuasa, makhluk tak dak kuasa.

Kita usaha setakat yang termanpu sahaja. Orang2 yang mampu usaha berdoa sahaja, maka mereka usaha setakat berdoa sahajalah. Allah tak akan beratkan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung.

Setiap orang ada masalahnya sendiri. Tak perlu nak ajak-ajak orang.

Saya bersyukur dan berbangga kerana kita ada juga perahu untuk kita tumpangi (dengan wajah sangat puas hati)

Sikap positif je, jangan negatif. Relax bro.

Jangan berat2kan kepala. Nanti kita jugak pening.

Kalau kita asyik takut2kan diri, nanti jadi anxiety, kemurungan.

Ramai lagi tokoh2, otai2, ahli2, pakar2 atas perahu ni, semua tak sibuk pun. Kalau bahaya, dah tentu mereka sibuk.

Eh, banyak lagi le benda lain yang kita kena fikir.

Engkau dengan cara engkau, Aku dengan cara aku.

Setiap orang ada kerja. Tuan buat kerja tuan, saya buat kerja saya. Kita buat kerja masing2.

Engkau siapa? Apa level? Kelulusan akademik?

Encik parti apa?

Hmmm.... nak cari nama le tu. Nak cari pengaruh le tu.

Eleh... semuanya dia aje yang betul! Orang lain semua salah!

Kalau pandai sangat, buat je le sorang2.

Dunia semua ni. Dunia hanya sementara. Jangan kalut-kalut.

Allah dah janji penyelamat akan datang. Kita tunggu je.

Bagi para ahlullah, tiada kerisauan dalam hati mereka. Apa yang datang, hadap sahaja dengan tenang.

Takkan tengelam dek karam. Takkan basah dek air. Takkan lemas dek laut. Takkan hancur dek jerung. Dengan izin Allah. Inilah jalan para wali.

Zaman sekarang semua perahu terkena fitnah kebocoran. Kita dah berada dalam"sistem". Tak boleh buat apa dah. Usaha dan ikhtiar gigih ke, tak gigih ke, langsung tak mengubah apa-apa.

Kita pakai pegangan majoriti ahli perahu je.

Aku ada tok guru. Aku ikut tok guru aku aje. Dia tak suruh, aku tak buat le.

Kalau kita bising2, nanti orang tak suka kat kita. Kita jugak yang susah nak buat itu ini. Elok berdiam je lah.

Perahu kita ni ada nakhoda, ada tekong. Dia suruh kita duduk diam, kita duduk diam je la. (Tapi nakhoda dan orang2nya sudah pakai jaket keselamatan sedangkan untuk penumpang2 lain tak punya)

Firman-Nya Azza wa Jalla : "Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah (kita makhluk berakal) yang akan dipersoal (tentang apa yang mereka lakukan)." (Al-Anbiya' : 23)


22/2/23

Tersilap Merosakkan Dalaman Badan?

 

Tersilap merosakkan dalaman badan,

mudaratnya BOLEH diwarisi oleh keturunan.

Sudah banyak disaksikan secara berhadapan,

belum termasuk khabar2 yang bersampaian.


Walau sudah terjadi lagi terlambat,

tetap kena berusaha dan berikhtiar DENGAN GIGIH

untuk bertaubat, berubat dan khidmat menyelamat umat.

Sesungguhnya Dia yang menguasai manfaat dan mudarat.


Taubat, berubat dan khidmat

memungkikan berlakunya keajaiban

agar sekalipun tidak menghilangkan,

tetapi sekurang2nya dapat mengurangkan kesan.


21/2/22

Wahai Anak2ku - Jangan Rugi Agama

 

Anak2ku. Kita memang tidak mahu rugi dari segi apa pun namun kerugian tetap akan berlaku dalam hal-hal tertentu di sepanjang hayat kita di dunia ini.


Namun pesanku :

- Kita ini rugi dari segi2 lain tak mengapa lagi (seboleh2nya tak mahulah rugi) tetapi jangan rugi dari segi agama.

- Kita kersilap dalam hal2 lain tak mengapa lagi tapi jangan tersilap dalam hal agama.

- Kita tertinggal dari sudut2 lain tak mengapa lagi tetapi jangan tertinggal dari sudut agama.

- Kita tersesat dalam perkara2 lain tak mengapa lagi tapi jangan tersesat dalam perkara agama.

- Kita terlepas yang lain2 tak mengapa lagi tapi jangan terlepas akan agama.

Itulah rugi sebenar rugi yang sangat mahu kita elakkan, di samping kita mahu elakkan kerugian dalam hal2 yang lain juga.


Sebenar2 kejayaan manusia (khususnya di akhirat nanti) adalah dalam agama, bukan dalam hal2 lain.

Sebenar2 kegagalan manusia (khususnya di akhirat sana) juga dalam agama, bukan dalam hal2 lain.


"Malikiyaumiddin" - Allah Penguasa/Raja akan hari ad-diin. Apakah hari ad-diin itu? Itulah hari agama. Mengapa namanya hari agama? Kerana pada hari itu agamalah segala2nya. Orang yang bagus agamanya, beruntunglah ia selama-lamanya. Orang yang tidak bagus agamanya, kerugianlah ia selama-lamanya, atau dalam tempoh yang saaangat lama.


Carilah sebanyak2nya ilmu2 agama, amal2 agama dan penghayatan agama. Semoga Allah tambahkan dan baguskan agamaku, agama kalian, dan orang2 lain juga.


27/2/23

Nabi2 dan Wali2 Tidak Mencarut

 

Teringat akan salah satu daripada perbualan sahaya dengan arwah mursyid sahaya lebih suku abad yang lalu...


Sahaya : Ustaz. Macam mana kita nak kenai wali2 Allah ni?

Mursyid : Nabi2 dengan wali2 ni same aje. Deme tak kan mencarut.


Pendek sahaja jawabnya. Sahaya pun terus terdiam dan berfikir2. Jawapan pendeknya itu seolah-olah telah memotong dan menghentikan isi perbualan yang sepatutnya lebih panjang pada malam tersebut kerana isinya padat lagi boleh diguna sampai bila-bila sepanjang hayat di dunia. Kemudian kami pun berbual tentang hal2 lain.


25/2/23

Wahai Anak2ku - Zamankan Hatimu

 

Anak2ku,

Hendak membetulkan, menepatkan, dan membersihkan hati - kalian gunakanlah ilmu2 dan amal2 tungku al-iman.

Hendak menghias, mencantikkan, menyempurnakan, mencahayakan, dan mengajaibkan hati - kalian gunakanlah ilmu2 dan amal2 tungku al-ihsan.

Hendak menyesuaikan, memadankan, merelevankan, dan menzamankan hati - kalian gunakanlah ilmu2 dan amal2 tungku al-sa'ah.


Para rasul, nabi dan wali Allah itu, keadaan qalbu mereka adalah bersesuaian dengan keadaan lokasi dan zaman mereka.


23/2/23

Tafsirkan Mimpi Eloklah Setelah Diminta

 

Adab mentafsir mimpi ini lebih kurang sama dengan merawat dari segi memberi khidmat. Jika orang tidak meminta, jangan pandai2 tawarkan diri untuk merawat. Jika orang tidak bertanya, jangan pandai2 memberikan tafsir sama ada yang tersurat atau yang tersirat. Ikut adab - insya-Allah cermat, manfaat dan selamat. Langgar adab - biasanya lebih mudarat. Wallahua'lam.


16/2/23

Pertemuan 4 November 2023

 

Insya-Allah yang BUKAN ikhwah Tarekat Ghazaliyah atau yang BELUM PERNAH bertemu secara berhadapan tetapi berhajat untuk bertemu juga dengan sahaya atas urusan2 yang BERKAIT dengan Tarekat Ghazaliyah, tarikhnya (setakat ini) ialah pada hari Sabtu 4 November 2023 di Taiping. Sekali sahaja sahaya dapat lapangkan masa untuk urusan berkaitan pada tahun ini.


Yang sangat penting - kaum lelaki yang datang jangan menutup wajah terutamanya hidung dan mulut sewaktu berhadapan dengan sahaya.

 

Februari 2023

Thursday, February 16, 2023

Ujian dan Tanggungjawab

UJIAN2 ini berkait rapat dengan TANGGUNGJAWAB, seolah-olah satu badan.


CONTOH JENIS 1 - Ujian dan tanggungjawab yang memang TAK SAMPAI kepada kita


- Ada orang yang lahir2 sahaja ibu bapanya sudah bercerai lalu dia dan kakaknya dibela oleh orang lain. Maka dia terpaksa hadapi ujian dan tanggungjawab hidup tanpa ibu bapa dan menjaga kakaknya sampailah dewasa dan mungkin sampai tua. Tapi kita dan kakak kita lahir dan hidup bersama-sama dengan ibu bapa kita. Ertinya kita terlepas daripada terkena ujian dan tanggungjawab sebagaimana orang tadi. Maka ringanlah ujian dan tanggungjawab kita dari sudut itu di dunia ini. Kita tidak dimurkai oleh Allah dalam hal ini kerana ujian dan tanggungjawab itu memang tak terkena kepada diri kita.

- Contoh2 lain - kita tak dilahirkan cacat, tidak hidup miskin, tidak jadi mangsa fitnah, tidak tinggal di negara berperang, tidak ada ahli keluarga yang sakit, tidak pegang jawatan tinggi, dsb.


CONTOH JENIS 2 - Ujian dan tanggungjawab yang TERLEPAS daripada kita (sedangkan sebelumnya memang kena pada kita)


- Ketika berusia 30 tahun, ibu bapa kita meninggal dunia. Maka kita TERLEPAS daripada ujian dan tanggungjawab berkaitan mereka. Ringanlah ujian dan tanggungjawab kita. Tapi ada orang lain yang sampai umurnya 60 tahun pun ibu bapanya masih hidup. Maka tentunya ada ujian dan tanggungjawab berkaitan mereka yang terpaksa dia lalui. Kita tak berada dalam kedudukan yang macam dia. Namun kita tidak dimurkai Allah dalam hal ini kerana ujian dan tanggungjawab itu memang sudah terlepas daripada kita.

- Contoh2 lain - ada orang tolong langsaikan hutang kita, kita sembuh daripada sakit berpanjangan, pulang dari medan perang, terlepas daripada fitnah, musuh lama jadi sahabat, ibu saudara hadiahkan kenderaan kerana kita tidak mampu membelinya, dapat pergi menunaikan haji dsb.


CONTOH JENIS 3 - Ujian dan tanggungjawab yang memang KENA kepada kita


Kita ada abang/kakak/adik yang OKU dan sepatutnya kita yang kena menguruskan kehidupannya. Kita dua beradik je pun. Ini ujian dan tanggungjawab ke atas kita. Tapi untuk ringankan ujian dan tanggungjawab tu, kita sengaja abaikan saudara kita itu. Memanglah ujian dan tanggungjawab kita akan jadi ringan dalam hidup di dunia ini tapi... di akhirat nanti teruklah kita kena berkali2 ganda beratnya. Ringkas kata, kita dimurkai Allah dalam hal ini walaupun ujian dan tanggungjawab kita di dunia jadi ringan, kerana ujian dan tanggungjawab itu memang kena pada kita.

- Contoh2 lain - tidak mahu CUBA BERUSAHA DAN BERIKHTIAR jika ada orang susah lalu kita sengaja tidak bantu, jika ada penyelewengan/kezaliman lalu kita sengaja berdiam, jika ada orang jahil datang memohon ilmu penting lalu kita sengaja tidak mahu mengajar, jika rumah/diri kita kotor lalu sengaja tidak membersih dan mengemaskannya, jika kita pula tiada ilmu yang penting2 bagi kita lalu sengaja tidak pergi belajar, anak saudara kita terfitnah lalu kita sengaja tidak membantunya, cucu kita terjatuh ke dalam lubang yang dalam lalu kita sengaja tidak mengeluarkannya dsb.


KESIMPULANNYA


Jadi, ada pelbagai jenis ujian dan tanggungjawab dari segi diri sendiri, agama, keluarga (ibu bapa, datuk nenek, adik-beradik, saudara-mara, pasangan, anak cucu), kawan, jiran, masyarakat, umat, jemaah, kerjaya, era/zaman/masa, lokasi, harta, kenderaan, tempat tinggal, makan-minum, dan sebagainya.


Untuk ringankan ujian dan tanggungjawab di dunia ni tak susah - ikut je jenis ke-3. Abaikan sahaja mana2 hal daripada senarai di atas tadi, maka ringanlah ujian dan tanggungjawab kita. Itulah yang banyak orang buat. Abaikan yang itu, abaikan yang ini, tinggalkan yang itu, tinggalkan yang ini, ketepikan yang itu, ketepikan yang ini.... memanglah akan kurang ujian dan tanggungjawab. Hidup akan terasa lebih lapang atau banyak berkurang sempitnya... di dunia ini.


Tapi sebagai ahli sufi, bahkan bagi walau orang biasa pun, ujian dan tanggungjawab jenis 3 ini mesti diterima dan dihadap...setakat mana yang mampu. Tak boleh diabaikan melainkan jika memang ternyata di luar daripada kemampuan kita. Setelah kita berusaha dan berikhtiar dengan gigih, dan ternyata memang di luar daripada kemampuan kita, maka bolehlah kita tinggalkan. Itu pun dengan masih pasang niat untuk melaksanakannya pada masa akan datang sekiranya diberi peluang oleh Allah.


Nak bertahan hadap ujian2 dan tanggungjawab2 jenis ke-3 ini le yang jenoh sangat, sebab kena banyak menderita dan banyak berkorban. Tapi... akan cuba hadap juga le.


16/2/23


Lelaki2 yang Datang Jangan Tutup2 Muka

 

Orang2 LELAKI yang menutup sebahagian atau sepenuh wajahnya dengan sebarang benda seperti kain, topeng, kertas, sapu tangan, logam, cat, plastik dan seumpamanya yang mahu bertemu saya atas URUSAN AGAMA jangan berkecil hati sekiranya saya mengelak daripada melayan atau sangat meringkaskan perbualan lalu mengakhirinya dengan cepat kerana saya memang tidak selesa dan tidak suka melainkan jika anda memang sahih berisiko menjangkitkan sesuatu melalui saluran hidung atau mulut kepada orang lain. Dan jika anda memang tidak sihat sebegitu, adalah lebih baik ditangguhkan dahulu hajatnya sampai sihat. Hendak pakai cermin mata hitam, silakan. Tetapi lebih baiklah dibuka. Hendak bungkus seluruh kepala kecuali wajah (dahi, mata, pipi, hidung, mulut, dagu) silakan.


16/2/23

Lagi Mimpi Dapat Anak

 

Ringkas cerita, seorang hamba Allah bermimpi bahawa isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.


Berdasarkan keadaan dan masa, mimpi tersebut bermakna mereka akan mendapat suatu kesulitan yang sangat mereka mahu elakkan khususnya bagi si isteri, dan umumnya bagi seluruh keluarga. Begitulah secara ringkasnya.


11/2/23

Wahai Anak2ku Sayang

 

Anak2ku. Kadang2... apabila sesuatu fitnah besar itu berlaku, kalian boleh sahaja menyelamatkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Dengan cara begitu (dan pastinya dengan izin Allah SWT), peluang untuk diri sendiri terselamat itu sangat cerah. Katakanlah 99% (sekadar percontohan sahaja).


Namun kalian kena ambil risiko iaitu dengan berusaha dan berikhtiar untuk menyelamatkan keluarga juga. Lalu peluang untuk diri sendiri terselamat sudah kurang cerah. Katakanlah tinggal 60%. Tapi kalian tidak pernah diajar untuk pentingkan diri sendiri sahaja. Ada amanah yang kalian perlu tanggung. Maka kalian kena ambil risiko ini.


Seterusnya kalian tambah risiko lagi dengan berusaha dan berikhtiar untuk menyelamatkan ummah pula, sekurang2nya sebahagian daripada ummah, sekadar kemampuan kalian. Hal ini membuatkan peluang untuk diri sendiri terselamat itu jadi lagilah kurang cerah. Katakanlah tinggal 35%. Tetapi kalian yang abi lorongkan selama hari ini untuk mencontohi R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain), tetap kena ambil risiko ini, sebagaimana R4S juga.


Kita mesti mencintai diri, dan kita mesti mencintai diri-diri iaitu ummah. Itulah jalan R4S. Dalam pelajaran tasawuf yang abi sudah ajarkan, kesemua diri itu adalah satu diri sahaja. Jika masih ternampak pemisahan, ertinya lemahlah ma'rifat kalian.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

- Halaqah usrah keluarga

26 Oktober 2022

Salah Satu Panduan Sebagai Mursyid

 

Bagi orang2 yang hanya mahu dan bersedia untuk masuk ke halaman rumah, kita sekadar lorongkan mereka untuk naik tangga ke atas bumbung rumah. Cukup sekadar itu, jangan digesa untuk pergi lebih lagi. Jika mereka berjaya, barulah kita lorongkan ke maqam seterusnya.


Bagi orang2 yang sekadar mahu dan bersedia untuk berada di bumbung rumah, kita lorongkan mereka untuk cuba gunakan sayap lalu terbang. Cukup sekadar itu, jangan digesa untuk pergi lebih lagi. Jika mereka berjaya, barulah kita lorongkan ke maqam seterusnya.


Bagi orang2 yang sekadar mahu dan bersedia untuk terbang rendah2 menyaksikan keindahan2 bumi, kita lorongkan mereka untuk cuba terbang tinggi menyaksikan keindahan2 langit pula. Cukup sekadar itu, jangan digesa untuk pergi lebih lagi. Jika mereka berjaya, barulah kita lorongkan ke maqam seterusnya.


PengALAMan untuk diALAMi itu bergantung kepada kesediaan murid2 itu sendiri. Setakat mana mereka mahu dan bersedia (sediakan diri) untuk pergi, setakat itulah yang kita bawa, dan kita lorongkan LEBIH SEDIKIT ke hadapan.


Bukannya sejauh mana kita hendak sampaikan mereka, tetapi sejauh mana mereka sediakan diri untuk sampai, lalu kita lebihkan sedikit.


Inilah antara panduan menjadi guru.


12/2/23

Antara Jalan Dapatkan Kebahagiaan Rumahtangga

 

ANTARA usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan kebahagiaan rumahtangga :

1. Carilah bakal isteri yang dirinya dijangka sedia untuk menerima bimbingan, lebih2 lagi dalam hal ehwal keagamaan.

2. Carilah bakal suami yang dirinya dijangka mampu dan sedia untuk memberi bimbingan, lebih2 lagi dalam hal ehwal keagamaan.

Insya-Allah lebih mudah mencapai kebahagiaan walaupun perjalanan hidup penuh cabaran.


ANTARA punca kurang bahagia atau tidak bahagia setelah berumahtangga :

1. Sudah nampak petanda2 bahawa bakal isteri itu bukan daripada jenis yang mahu menerima bimbingan lebih2 lagi dalam hal2 keagamaan, tetapi masih dipilih juga.

2. Sudah nampak petanda2 bahawa bakal suami itu bukan daripada jenis yang mampu dan sedia untuk membimbing lebih2 lagi dalam hal2 keagamaan, tetapi masih diterima juga.

Ada yang masalahnya jadi besar sejak awal2 perkahwinan, ada yang pada pertengahan (setelah beranak-pinak), dan ada pula yang pada hari tua baru keluar.


Begitulah BIASANYA, bukan semestinya. Hal ini berdasarkan pengalaman2 menerima aduan dan membantu penyelesaian.


Allah yang menentukan segala-galanya tetapi kita wajib berusaha dan berikhtiar... dengan gigih.


Bagaimana jalan penyelesaiannya jika sudah terlepas peluang sebegitu lalu sudah pun berumahtangga?


...bersambung...