SOALAN : Majlis
apakah yang bakal berlangsung ini?
JAWAPAN : Majlis kecil-kecilan perhimpunan setahun sekali
para pengamal Tariqah Al-Ghazaliyyah (Tarekat Ghazaliyah). Dinamakan sebagai
“Majlis Ramah Mesra. Pertemuan Tahunan. Himpunan Mahabbah Ikhwan Tariqah
Al-Ghazaliyyah” kali ke-2.
SOALAN : Apakah
matlamat majlis ini?
JAWAPAN : “Berhimpun – Berkenalan – Bersaudara”.
Al-maklumlah, hendak berjumpa setahun sekali pun belum
tentu.
SOALAN : Siapakah
yang boleh hadir?
JAWAPAN : Khususnya para pengamal Tariqah Ghazaliyyah,
lebih khusus lagi kepada ikhwan Tariqah Ghazaliyyah daripada jalur Abu Zulfiqar
Al-Amsyari, Ustaz Muhammad Salleh Abdur Rahman, Ustaz Abdullah Khandak dan ke
atas, dan umumnya untuk semua.
SOALAN : Bolehkah ahli-ahli
Tarekat Ghazaliyah daripada jalur yang lain turut serta?
JAWAPAN : Tentu saja boleh. Selamat “Berhimpun –
Berkenalan – Bersaudara”.
SOALAN : Bolehkah
para pengamal tarekat lain datang?
JAWAPAN : Tentu saja boleh, sebagaimana kata-kata
“Berhimpun – Berkenalan – Bersaudara”.
Dalam kalangan ikhwan Tarekat Ghazaliyyah ini sendiri pun
ada pengamal tarekat lain seperti Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah Idrisiyyah dan
Syaziliyyah (setakat yang memaklumkan kepada kami, manakala yang tidak
memaklumkannya mungkin ada lagi daripada tarekat-tarekat lain). Hal ini kerana
para pengamal Tarekat Ghazaliyyah bebas untuk menyertai, mengambil atau
mengamal mana-mana tarekat yang benar.
SOALAN : Bagaimana
dengan orang-orang yang bukan pengamal mana-mana tarekat?
JAWAPAN : Tentu saja boleh. Dialu-alukan. Mari kita
“Berhimpun – Berkenalan – Bersaudara”.
SOALAN : Bagaimana
dengan orang-orang daripada jemaah-jemaah agama Islam yang lain?
JAWAPAN : Selamat datang. Kita “Berhimpun -Berkenalan –
Bersaudara”.
Sefaham kami, dalam kalangan ikhwan Tarekat Ghazaliyyah
ini pun ada yang daripada pelbagai jemaah dan perkumpulan bertunjangkan agama Islam
seperti Jemaah Tabligh, Ikatan Muslimin Malaysia, Ikram, Parti Islam
Se-Malaysia, NGO tertentu dan lain-lain, termasuklah juga mereka yang tidak menyertai
mana-mana perkumpulan jemaah bertunjangkan agama Islam. Ha ini kerana para
pengamal Tarekat Ghazaliyyah bebas untuk menyertai mana-mana jemaah atau
perkumpulan agama Islam yang benar yang lain.
SOALAN : Apakah
isi kandungan majlis ini?
JAWAPAN :
1. 7.30
malam - Solat fardhu Maghrib berjemaah di lokasi atau masjid surau berhampiran
(mana-mana yang sempat)
2. Selepas
solat Maghrib – Jamuan dan borak-borak.
3. Solat
fardhu Isya’ berjemaah.
4. 9.15
malam – Sedikit ucapan (khususnya untuk ikhwah Tariqah Ghazaliyyah, umumnya
untuk semua yang mahu mendengar sama, yang tak mahu terlibat boleh teruskan jamuan)
dan doa.
5. 9.45
malam – Jamuan diteruskan sambil borak-borak.
6. Bersurai
lebih kurang jam 10.30 ke 11.00 malam.
Ringkasnya – majlis
makan-makan, sembang-sembang, solat berjemaah, sedikit ucapan dan doa. Lebih
kurang macam kunjungan hari raya sahaja.
SOALAN : Itu sahaja?
JAWAPAN : Itu sahaja.
SOALAN : Apa yang
perlu dilakukan untuk hadir?
JAWAPAN :
1.
Maklumkan kepada kami yang anda bakal hadir –
untuk kami sediakan makan minum yang secukupnya.
2.
Ikhlaskan hati – datang benar-benar kerana Allah
untuk “Berhimpun – Berkenalan – Bersaudara”.
SOALAN : Perlu
bawa apa-apa?
JAWAPAN : Tak perlu bawa apa-apa.
SOALAN : Kena
bayar apa-apa?
JAWAPAN : Tiada sebarang bayaran. Percuma, insya-Allah.
SOALAN : Sekiranya
datang ke majlis ini, majlis-majlis lain nanti kena datang jugakah?
JAWAPAN : Tidak kena hadir, kerana:
1.
Majlis ini tidak dimestikan hadir. Ikhwan
Tariqah Ghazaliyyah sendiri pun tidak dimestikan hadir. Begitu juga dengan
majlis-majlis Tariqah Ghazaliyyah akan datang.
2.
Sebenarnya Tariqah Ghazaliyyah tidak ada
sebarang perhimpunan atau pertemuan rasmi tahunan, bulanan, mingguan atau
harian. Majlis pertemuan setahun sekali ini diadakan sekadar untuk “Berhimpun –
Berkenalan – Bersaudara”.
SOALAN : Dalam
majlis ini nanti, ada tak apa-apa aktiviti seperti persembahan, tarian, kutipan,
kemahiran, kekuatan, kesaktian, atau hal-hal yang bermasalah, atau sebagainya?
JAWAPAN : Tidak ada. Hanya ada :
1.
Solat fardhu berjemaah.
2.
Jamuan.
3.
Sembang-sembang sambil makan.
4.
Sedikit ucapan.
5.
Sedikit doa.
Itu sahaja.
SOALAN : Bagaimana
asal-usul majlis ini?
JAWAPAN :
Alhamdulillah. Syukur. Tahniah!
Ada jemaah yang menganjurkan orang-orangnya untuk keluar
berdakwah kepada diri sendiri dan kepada diri orang lain 3 hari pada setiap
bulan, dan 40 hari dan 4 bulan dalam tempoh-tempoh tertentu. Selain itu ada
perhimpunan mingguan mereka pada setiap malam tertentu - malam markas. Seminggu
sekali berhimpun buat dakwah di petempatan masing-masing. Kemudian ada ijtima’
peringkat negara dan ada pula ijtima’ peringkat antarabangsa. Hebat komitmen
mereka.
Ada jemaah-jemaah tarekat yang orang-orangnya terlibat
dengan majlis zikir mingguan, tawajuh, suluk, haul, majlis-majlis bulanan dan
tahunan. Hebat mereka.
Ada jemaah-jemaah haraki yang orang-orangnya diusrahkan
seminggu sekali dan ada yang turut mengusrahkan pula seminggu sekali. Ada
qiamullail bulanan, daurah, kem, AGM, mesyuarat dan sebagainya. Hebat mereka.
Ada jemaah yang punya usrah mingguan, ijtima bulanan,
ijtima tahunan, ceramah-cermah, program-program kebajikan, muktamar dan
sebagainya. Hebat mereka.
Tetapi kita para pengamal Tariqah Ghazaliyyah… tidak
punya sebarang majlis. Free sepanjang tahun. Harian tiada, mingguan tiada,
bulanan tiada, tahunan pun tiada.
Oleh itu, kita berusaha untuk mengadakan pertemuan ramah
mesra sesama pengamal Tarekat Ghazaliyyah, hanya 1 kali sahaja dalam setahun.
Itu pun bukan kemestian untuk diadakan dan tidak dimestikan hadir. Sukarela untuk
mengadakan dan sukarela untuk hadir.
Sekadar satu pertemuan ringkas, beramah mesra, menikmati
jamuan, dan sedikit ucapan umum dan doa. Itu sahaja. Hanya dalam masa 2-3 jam
sahaja. Seakan-akan mini hari keluarga sahaja ataupun lebih kurang macam kita
pergi ke majlis kenduri kahwin saudara-mara. Pergi, makan, tazkirah umum, sembang-sembang
sikit, balik.
Majlis sebenarnya hanya sekitar 2-3 jam itu sahajalah.
Selepas itu, masing-masing boleh beredar pulang atau ke mana-mana mengikut
tujuan masing-masing. Kita tidak mahu memberatkan/menyusahkan.
Insya-Allah tidak ada sebarang kutipan wang. Sekadar
hadir sahaja. Jamuan akan disediakan. (Sesiapa yang mahu menyumbang secara
sukarela, tidaklah pula dilarang). Cuma perbelanjaan perjalanan datang dan
pulang tentunyalah atas tanggungan sendiri.
Tahun 2017 yang lepas ada kita cuba buat himpunan kali
pertama. Sangat ringkas, mudah dan berjalan lancar lagi puas hati. Insya- Allah
tahun 2018 ini kita cuba buat majlis pertemuan kali ke-2. Hanya 1 kali sahaja
setahun, hanya 2-3 jam, kenal-kenal, makan-makan, sembang-sembang.
Majlis kita ini kecil-kecilan sahaja. Setakat ini, dalam
rekod kita, pengamal Tarekat Ghazaliyyah daripada jalur kita ini ada tidak sampai
60 orang pun yang bertebaran di serata negeri di Malaysia, Singapura, Indonesia
dan Filipina. Itu pun tentunya tak semua yang berkesempatan hadir. Yang
daripada jalur Al-Ghazaliyyah yang lain, tidaklah kita ketahui.
KEPADA
YANG BAKAL HADIR, BOLEHLAH RENUNG-RENUNGKAN ISI PUISI DI BAWAH :
Andai kau datang ke “sungai” ini,
datanglah
dengan “berpakaian putih” :
suci
jiwa, ikhlaskan hati.
“Berperahu
di air yang jernih.”
“Sungai”
ini
majlis
yang ahli-ahlinya
berusaha
untuk sentiasa dalam keadaan
ingat
akan Allah,
ibarat
sungai zikrullah
yang
tiada henti-henti mengalir.
Majlis
mengalir dan melimpahnya kasih sayang
masuk
ke lembah-lembah hati yang subur.
Majlis
yang diharapkan
mengalirnya
rahmat Allah.
Majlis
yang berkumpulnya
para
penghuni sungai tariqah,
ada
yang suka bermain di arus deras,
ada
yang suka berdiam di lubuk gelap,
ada
yang suka berenang-renang di air tenang,
ada
yang suka bermain-main di permukaan,
ada
yang suka merayap-rayap di dasar,
ada
yang suka menjelajah jauh,
ada
yang suka berdiam setempat,
ada
yang suka bergerak bersendirian,
ada
yang suka kembara berkumpulan;
semua
keluar sebentar
menghadiri
perhimpunan cinta.
Andainya
kita suka untuk menghadiri majlis ini,
datanglah dengan
minda
yang bersih dan hati yang tulus.
Kita
fikir yang baik-baik,
kita
cakap yang baik-baik,
dan
kita buat yang baik-baik sahaja
sebelum,
semasa dan selepas majlis.
“Pakaian
putih” itu bukanlah pakaian diri zahir
yang
mengelokkan tubuh badan,
tetapi
pakaian diri batin
yang
mengelokkan hati qalbu.
Penuh
dengan sifat-sifat mahmudah di dalam,
sehingga
terkesan hingga ke luar
lalu
terpamer murni bukan sahaja pada wajah muka
tetapi
pada wajah seluruh zat kita.
Jangan
ada niat yang tidak baik.
Jangan
ada maksud yang tidak mulia.
Moga
Allah jauhkan itu semua.
Ibarat
melangkah masuk ke alam
solat
berjemaah berimam,
bukankah
segala pakaian jawatan, pangkat, harta,
pengaruh,
kedudukan, kebesaran, dan kekuasaan;
kita
sangkutkan sebentar di ranting-ranting
pohon
keduniaan?
Selesai
solat nanti
pakailah
semula.
Yang
sepatutnya jangan dipakai semula
ialah
pakaian-pakaian berjenama mazmumah.
Tanggalkan
semua,
jangan
dibawa sama sekali,
yakni
rasa hebat diri, tinggi diri, besar diri,
lebih
diri, penting diri, bangga diri,
ujub
diri, riak diri, sombong diri.
Seolah-olah
kita semua
berada
di dalam sebuah “perahu”
lalu
kita belayar sebentar pergi bersiar-siar
di
atas “permukaan air yang jernih”.
Jauh
sebentar daripada segala kesibukan duniawi,
meletakkan
sebentar segala kebesaran diri,
lalu
bersama-sama menikmati
keindahan
lautan air dan dasarnya,
keindahan
lautan udara dan langitnya.
Alam
berbicara
ahlan
wa sahlan.
4 April 2018
No comments:
Post a Comment