1. Bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi khususnya, amal ibadah atau pengabdian tidak terbatas ketika mengerjakan solat sahaja, ketika melafazkan bunyi2 zikrullah sahaja, ketika berpuasa sahaja dsb, tetapi dalam seluruh kehidupan. Mendekatkan diri kepada Allah dan menaikkan maqam2 kita di sisi-Nya bukan dengan solat malam sahaja, tetapi dengan membantu orang2 susah juga. – Ustazah Muss al-Ghazali, Pengajian Kitab Risalah Ladunniyah (Imam al-Ghazali
2. Mengikut Tariqah Ghazaliyah, kebahagiaan yang benar2 teragung ialah sebagaimana yang diperolehi oleh Rasulullah saw. Itulah maqam kebahagiaan yang TERagung. Maqam itu tidak dapat dicapai oleh sebarang makhluk lain. Kebahagian2 ini sangat berkait rapat dengan 7 mi’raaj iaitu :
i) Mi’raaj yang pertama – Syariat
ii) Mi’raaj kedua – Tariqat
iii) Mi’raaj ketiga – Haqiqat
iv) Mi’raaj keempat – Ma’rifat iaitu AWWAL AD-DIIN atau awwaluddin
v) Mi’raaj kelima – NISF AD-DIIN atau pertengahan ad-diin
vi) Mi’raaj keenam – AKHIR AD-DIIN atau akhiruddin
vii) Mi’raaj ketujuh – KAMAL AD-DIIN atau kesempurnaan agama.
Apakah maksud mi’raaj? Dari segi bahasa Arabnya mi’raaj bermaksud naik, mendaki, tangga, laluan ke atas. Perkataan al-ma’aarij pada Surah Al-Ma’aarij dari segi bahasanya membawa maksud laluan turun naik atau tempat turun naik.
- Us. M. Dzul al-Ghazali, Pengajian Kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali)
3. Dalam kita meredah “lautan” dan “belantara”, banyak perkara perlu dikorbankan. Kita kena korbankan hati jiwa , masa, wang, tenaga dll. Untuk apa/siapa pengorbanan itu? Untuk Allah Yang Maha Esa. – Abu Rayyan al-Ghazali, Pengajian Risalah Ath-Thair (Al-Ghazali)
4. Banyak orang sibuk hendak mengetahui dan mengenali benda2 lain, tetapi mereka tidak ambil berat atau kurang ambil berat untuk mengetahui diri sendiri, dan mengenal diri sendiri. Mengapa jadi begitu? Kerana :
- Mereka tak anggap penting pun.
- Mereka tak berusaha gigih untuk mencari pun.
- Mereka anggap ia hanya perkara sampingan.
- Mereka anggap ia sebagai perkara pilihan.
Tapi bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi, mengenal diri dan mengenal Allah ini sangatlah penting. Sekiranya diri kita sendiri yang paling dekat ini pun kita tidak kenal, macam mana kita nak mengenal yang selain daripada diri kita? – Ummu Musfirah al-Ghazali, Pengajian Kitab Kimiya’ us-Sa’adah (Imam al-Ghazali)