Thursday, April 24, 2025

Risiko Berurusan dengan Golongan Jin

 “Dan pada hari Dia mengumpulkan mereka (lalu Alah berfiman) : “Wahai golongan jin! Kalian sudah banyak manusia (yang berjaya kalian sesatkan dan menjadi pengikut2 kalian)!.” Lalu sahabat2 mereka daripada bangsa manusia berkata : “Wahai Rabb kami! Kami telah saling mendapatkan kesenangan (dengan golongan jin), dan kini telah sampailah waktu yang Engkau tentukan buat kami.” Allah berfirman : “Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah.” Sesungguhnya Rabb kamu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am : 128)

Salah Faham dalam Mencontohi Ashabul Kahfi

 

Salah faham akan cara perjuangan ashabul kahfi biasanya berlaku kerana ketiadaan (atau kerana sangat kekurangan) ilmu dan pemahaman dalam ilmu fardhu as-sa’ah (tungku ad-diin ke-4 dalam hadith Jibril). Lain yang ashabul kahfi lakukan, lain pula yang mereka sangka, contohi dan perjuangkan.

Hendak Ber g had? Ilmu As-Saah Sudah Ok?

 

Hendak pergi ber G HAD pada ZAMAN AKHIR? Ilmu fardhu as-sa’ah (daripada 4 fardhu agama/ ad-diin) sekurang2nya pada HAD ASAS sudah selesai? Ada berguru, ada belajar, ada bersanad, ada memaham? Jika tidak, bagaimana hendak punya tariq yang jelas untuk membezakan antara betul atau tidak, diperguna atau tidak, dipermain atau tidak, itu umpanan atau tidak, sudah sampai as-sa’ahnya atau tidak, benarkah itu musuh yang lebih utama untuk dibereskan atau tidak?

 

Sementara masih ada masa, eloklah umat di rantau2 tertentu selesaikan had asas 4 tungku agama lebih dahulu. Wallahua’lam.

 

Kata kunci : G HAD, ZAMAN AKHIR, HAD ASAS