Monday, January 15, 2024

Majzub Awal dan Majzub Kemudian

 


HAMBA ALLAH MENULIS : Moga kita dipertemukan dengan guru mursyid yang kamil mukammil.


Ada pendapat yang mengatakan terdapat 2 jalan untuk menuju Tuhan..

1. Jalan melalui guru, yakni guru rohani/ mursyid. Jalan ini wajib mengikut aturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh guru. Ianya agak berbeza sedikit mengikut tarekat yang kita ikuti.


2. Jalan majzub. Jalan tanpa guru mursyid. Jalan yang dianugerahkan kepada hamba-Nya yang terpilih. Agak special dan jarang2 ada.


Sekadar berkongsi.

Sila tambah jika ada kekurangan.


JAWAPAN KITA :


Dari segi majzub dan bermursyid ini sebenarnya ada 3 jalan iaitu :

1. Orang2 yang bermursyid lebih dahulu sehingga melepasi maqam ma’rifatullah (awwal ad-diin) lalu baru majzub.

2. Orang2 yang mazjub lebih dahulu tanpa bermursyid, lalu kemudiannya baru menyambung dengan bermursyid.

3. Orang2 yang majzub lebih dahulu tanpa bermursyid, dan terus tidak bermursyid.


Mazjub ini ibarat booster (atau kuasa roket dalam masa yang singkat) yang kita lihat dalam perlumbaan2 kereta. Contohnya dalam filem Fast & Furious. Booster atau kuasa roket ini memang boleh melajakkan kereta kita dengan dahsyatnya tetapi hanya dalam jangka masa pendek, contohnya 10 saat sahaja. Maka sesiapa yang awal tekan booster, maka awallah habisnya. Sesiapa yang tekan kemudian, kemudianlah habisnya.


Biasanya orang yang guna booster awal akan seronok awal (kerana meninggalkan lawannya), tetapi orang yang guna booster kemudian akan seronok kemudian kerana berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Orang yang guna booster awal itu sebagai contoh orang yang majzub awal, manakala orang yang guan booster kemudian itu sebagai contoh orang yang majzub kemudian (setelah bermursyid hingga melepasi maqam ma’rifatullah).


Bolehlah diumpamakan juga macam masuk askar.


Lepas SPM, datang tawaran masuk askar dengan gaji pendahuluan (prebet) RM2000 dan gaji mati RM8000. Daripada seorang pelajar yang tidak bergaji, tiba2 sahaja diberi gaji RM2000 dengan pelbagai kemudahan lain, tentunya sangat seronok dan sukar untuk menolak tawaran tersebut. Majoriti orang akan menerima tawaran ini kerana ia jalan pintas, mudah dapat duit, segera bebas daripada berada di bawah tanggungan orang lain (ibu bapa), cepat hidup bebas, dapat segera mendirikan rumahtangga dan sebagainya. Ini contoh untuk orang yang majzub dahulu dan tidak bermursyid.


Kedua2 jalan pun bagus. Cuma jika orang minta pandangan kita, kita akan nasihatkan agar bersabar dahulu, tolak dahulu, tangguhkan dahulu. Sebaliknya terus sambung belajar sehingga mendapat ijazah. Walaupun lewat 4-5 tahun untuk berkerjaya, untuk ada gaji, untuk keluar daripada tanggungan orang lain (ibu bapa), untuk hidup bebas, dan sebagainya, tetapi gaji permulaan (leftenan muda) ialah RM3000 dan gaji matinya RM15,000. Ini contoh orang yang majzub kemudian dan bermursyid.


Bagi kebanyakan orang, diberi majzub awal tanpa bermursyid itu suatu yang mensukacitakan (kerana ia pantas, segera, jalan pintas, mudah). Tetapi bagi segelintir orang, hal itu suatu yang mendukacitakan (kerana “gaji mati”nya atau had maksima maqamnya adalah rendah – walaupun orang awam memandangnya tinggi).


Ibarat kita yang bergaji RM2,000, tiba2 ditawarkan secara mengejut gaji RM50,000 dengan gaji mati RM100,000 pada bulan ini juga. Hal ini memang sangat sukar untuk ditolak oleh kebanyakan orang. Tetapi jika dapat ditolak dan ditangguhkan dahulu, walaupun lewat sedikit tetapi insya-Allah kita akan dapat tawaran gaji RM80,000 dengan gaji mati RM150,000. Namun orang2 yang sanggup bertahan ini sangat kecil jumlahnya. Daripada gaji RM2,000 tiba2 pada bulan itu juga akan naik jadi RM50,000, siapalah sangat yang mampu menolak, melainkan dengan segera akan menerimanya.


Sebagaimana juga para peserta lumba lari 1,500 meter. Orang yang speed dari awal laju macam larian 100 meter, memang dia akan jauh berada di hadapan pelari2 lain tetapi baru satu pusingan (400 meter), dia sudah kehilangan angin (stamina). Pada pusingan terakhir nanti, dia sudah tidak punya daya pecutan lagi. Sebaliknya orang2 yang tidak memecut awal, pada pusingan terakhir nanti mereka masih boleh pecut laju.


Berbalik kepada 3 jalan tadi, orang2 yang mengikuti jalan no. 3 biasanya akan terhenti atau tersangkut pada ma’rifatullah iaitu maqam awwal, hanya sedikit yang berjaya mencapai maqam nisf (pertengahan), amat terpencil yang berjaya mencapai maqam akhir, dan hampir2 tidak ada (atau mungkin tidak ada) yang berjaya mencapai maqam kamal (sempurna).


Tetapi bagi orang2 yang mengikuti jalan no. 1 dan no. 2, ramai yang berjaya mencapai maqam nisf, agak banyak juga yang mencapai maqam akhir, dan sebahagiannya berpeluang pula mencapai maqam kamal.


Jika kita teliti, R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yang lain) semuanya bermursyid lalu kemudiannya baru majzub hingga mencapai sehingga maqam kamal. Rasulullah sendiri bermursyid dengan Jibril, manakala para sahabat bermursyidkan Rasulullah. Begitu juga dengan wali2 besar yang lain seperti Hasan al-Basri, Imam al-Ghazali, Syaikh Abdul Qadir Jilani, Syaikh Bahauddin Naqsyabandi, Fudhail bin Iyadh, para wali songo dan sebagainya.


Jadi, seboleh2nya jika kita tersedar yang kita dapat majzub awal, eloklah mohon kepada Allah agar ditangguhkan dahulu. Atau sekiranya setelah lama majzub awal lalu baru tersedar, eloklah disambung perjalanannya dengan bermursyid pula.


Rumusannya, sebagaimana kisah masuk askar di atas tadi, kedua2nya pun sangat bagus. Terima tawaran awal (dengan maqam SPM) pun sangat bagus, terima tawaran lewat kemudian (dengan maqam ijazah) pun sangat bagus. Majzub awal (tanpa guru mursyid) sangat bagus, majzub kemudian (setelah bermursyid) pun sangat bagus. Terpulang kepada kita mahu memilih yang mana satu, kerana kedua-duanya pun sangat bagus. Cuma perbezaan utamanya dari segi “gaji mati”nya.


Begitulah penjelasan ringkasnya. Wallahua’lam.


14/1/24


No comments: