Tahun lepas amal2 tidak tersusun, tahun ini azam untuk jadikan tersusun.
Tahun lepas belum kenal Allah, azam untuk kenal Allah.
Tahun lepas lebih banyak ingat selain Allah, azam untuk lebih banyak ingat akan Allah.
Tahun lepas belum tahu ilmu as-sa’ah, azam untuk tahu, faham dan sedar akan ilmu as-sa’ah.
Tahun lepas belum berguru, azam untuk berguru.
Tahun lepas belum berdakwah, azam untuk berdakwah.
Tahun lepas belum bersanad, azam untuk bersanad.
Tahun lepas belum bertasawuf, azam untuk bertasawuf.
Tahun lepas tidak atau kurang ambil tahu maksud bacaan Al-Quran, azam untuk ambil tahu.
Tahun lepas kurang solat2 sunat, azam untuk tambah solat2 sunat.
Tahun lepas tiada berani atau kurang berani, azam untuk berani atau lebih berani.
Tahun lepas selalu malas ambil tahu, azam untuk ambil tahu.
Tahun lepas banyak menurut sahaja dan kurang menyelidik, azam untuk lebih menyelidik.
Tahun lepas masih kuat ego, azam untuk turunkan dan hapuskan ego.
Tahun lepas asyik fikir diri sahaja, azam untuk fikir umat juga.
Tahun lepas masih teragak-agak, azam untuk bijak dalam bertindak.
1/1/24
No comments:
Post a Comment