Monday, January 15, 2024

Duit Bulanan untuk Ibu Bapa?

 

Saya nak bertanya ustaz. Sebagai seorang anak lelaki, wajibkah untuk saya beri duit bulanan kepada ibu bapa saya?


JAWAPAN RINGKASNYA :

1. Jika ibu bapa itu bertaraf orang susah, wajib kepada anaknya untuk beri nafkah.

2. Jika ibu bapa itu bukan orang bertaraf susah, tidak wajib kepada anaknya untuk beri nafkah, tetapi sunat (digalakkan) untuk anaknya beri hadiah.

(*Zaman sekarang biasanya orang beri secara bulanan)


Huraiannya :

1. Hidup susah yang dimaksudkan di sini ialah :

i) Ibu bapa itu tidak dapat mencukupkan wang untuk kegunaan hal2 yang bertaraf perlu.

ii) Ibu bapa itu juga sudah berusaha dengan usaha yang selayaknya/ sepatutnya untuk mencukupkannya tetapi masih tidak cukup juga.

iii) Anak itu pula bukanlah orang yang hidup susah atau tidak cukup juga dari hal2 bertaraf keperluan.

Maka anak itu wajib berusaha untuk memberikan nafkah kepada ibu bapanya.


2. Jika ibu bapa itu bukan orang susah, ertinya mereka cukup hal2 yang bertaraf perlu, apatah lagi jika mampu pula berbelanja untuk hal2 yang bertaraf kehendak, maka tidak wajib bagi anak memberikan nafkah. Sungguhpun begitu, sunat bagi si anak untuk memberikan wang yang disebut sebagai hadiah kepada mereka. Syaratnya si anak juga bukanlah orang susah. Kerana jika si anak sendiri tidak cukup belanja untuk hal2 bertaraf keperluan bagi pasangan dan anak-anaknya, dikhuatiri akan jadi lebih tidak cukup lagi. Padahal nafkah untuk pasangan dan anak2 itu adalah wajib, sedangkan hadiah untuk ibu bapa itu adalah sunat. Wallahua’lam.


9/1/24


No comments: