Telan ubat yang misteri,
penyakit yang datang pun jenis misteri.
Makan penawar yang tidak diketahui,
penyakit yang jadi pun jenis tidak diketahui.
Pakai bahan yang tak dikenali,
penyakit yang sampai pun jenis yang tak dikenali.
Pemasuk benda2 yang tak dapat nak dipasti,
penyakit yang keluar pun jenis tak dapat nak dipasti.
Amal barang yang pelik2,
penyakit yang muncul pun jenis pelik2.
Begitulah umumnya.
Oleh sebab itu, sangat berhati2lah
berubat dengan “tok bomoh2”.
Jiwa dan jasad asyik tak sihat
tapi segala tabib pun tak tahu
apa yang perlu dirawat
dan apa yang hendak dijadikan ubat.
Nak diulang2 periksa,
tabib pun sudah tak larat
kerana semua yang dalaman nampak sihat,
tapi jiwa dan tubuh si sakit
makin dok tenat.
9/12/24
No comments:
Post a Comment