Tuesday, July 13, 2021

 

Persediaan untuk zaman akhir ini (bukan untuk akhir zaman - rujuk semula kuliah kita yang lalu) kita kongsi-kongsikan mengikut darjah orang-orangnya.

 

Bagi yang awwam, kita kongsikan persediaan-persediaan yang awwam.
Bagi yang awwal ad-diin (ma'rifatullah), kita kongsikan yang sesuai dengan mereka.
Bagi yang sudah nisf ad -diin, kita kongsikan yang sesuai.
Bagi yang akhir ad-diin, begitu juga.
Untuk yg kamal ad-ddin, iya juga.

 

Perkongsian dibuat bersesuaian dengan darjah-darjah penerimanya. Jika tidak, kita akan berlaku zalim kepada mereka dan berisiko besar mendatangkan fitnah dan kemudaratan.

 

Untuk penimbang sayur-sayuran, zalimlah jika kita meletakkan sebiji bas untuk ditimbangnya.

Sebab itulah perkongsian2 persediaan zaman akhir kita sebegitu rupanya.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

Selasa 13 Julai 2021

No comments: