Sampai soalan : Tuan tak ajar tasawuf dah ke? Banyak tumpu akhir zaman?
Jawapannya : Sebenarnya tasawuf tetap jadi keutamaan. Kuliah2 akhir zaman (zaman akhir) itu saya cuma cuba cari masa-masa yang terselit. Itu yang selalu dapat rakam pun pada waktu tengah malam atau selepas tengah malam. Itulah selalunya peluang yang ada nampaknya.
Tasawuf sama juga :
1. Sekarang saya lebih beri tumpuan kepada tarbiah keluarga. Sudah lama buat tarbiah lebih kepada masyarakat sampaikan tarbiah keluarga jadi sangat kurang. Jadi, diusahakan agar ada majlis taklim harian, ada sesi halaqah usrah keluarga mingguan, dan pengamalan Tarekat Ghazaliyah, sekadar yang termampu. Tentunya tasawuf yang jadi acuan dan keutamaan.
2. Saya masih meneruskan sesi usrah walaupun secara atas talian dengan team2 halaqah usrah saya. Modulnya berasaskan kitab Ihya' 'Ulumuddin, maka masih tasawuf juga. Mereka uruskan, saya cuma terus masuk sebagai naqib sahaja.
3. Sekiranya ada kelapangan, barulah kemudiannya saya penuhi permintaan Team Khazanah (sahabat2 yang uruskan buku2 saya) untuk projek mereka. Saya cuma rakam video kupasan buku2 saya, send, lalu mereka uruskan selebihnya (semak, edit, pos dsb). Saya tak mahu ambil tahu dah, tak sempat. Alhamdulillah, sambil2 pun, sudah khatam buku ke-4 Tarekat Ghazaliyah : Syariat & Hakikat Nur. Setakat ini ada lebih 40 kuliah. Yang ini pun tasawuf juga.
4. Nak diikutkan, tak ada kesempatan untuk buat kuliah2 zaman akhir. Itu yang kadang2 lepas tengah malam baru dapat rakam. Tapi sekarang pengisian2 untuk akhir zaman dan zaman akhir ini sudah jadi keperluan buat umat, bukan lagi kehendak. Maka usaha buatlah, sekadar yang termampu sahaja. Yang ini terpaksa saya uruskan semua. Itu yang tak berapa nak lalu tu.
Dulu, semua program2 tarbiah dan sebarannya saya uruskan semua. Sekarang apabila komitmen semakin banyak dan usia semakin tua, tak lalu dah. Dikhuatiri nanti banyak hal2 yang lebih penting terlepas atau terabai.
Kesimpulannya, saya masih dan tetap ajar tasawuf juga.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
23 Julai 2021
No comments:
Post a Comment