ANTARANYA,
dengan mengambil vaksin itu dapat mengurangkan risiko kita terkena
Covid 19. Ibaratnya,
kita
keluar sahaja dari halaman rumah ke jalan, ada 100 anak panah dari
langit akan
meluncur
ke arah kita dalam masa yang sama.
Maka :
i)
Ada orang yang nasibnya baik, dia tidak terkena walau sebatang anak
panah pun. Yang ini selalu berlaku.
ii)
Ada yang kurang bernasib baik, dia terkena lima enam batang anak
panah tetapi bukan ditempat yang sensitif. Maka dia cuma perlu
berubat dan berehat dalam masa beberapa hari (kuarantinlah sekejap).
Kemudian dia sembuhlah kembali. Yang ini pun biasa berlaku.
iii)
Ada yang terkena sebatang sahaja anak panah tetapi terus tembus di
kepala. Dia meninggal dunia di tempat kejadian (tak sempat ke
hospital). Yang ini pun ada berlaku.
iv)
Ada yang terkena berpuluh-puluh anak panah tetapi bukan di tempat
sensitif, maka dia sempat berubat 7-8 hari lalu meninggal dunia
(merasa duduk di hospital sekejap). Yang ini pun biasa berlaku.
v)
Ada yang terkena 2-3 batang anak panah tetapi di tempat-tempat yang
agak sensitif. Sempatlah berubat 2-3 hari lalu meninggal (terus ke
ICU lalu meninggal). Yang ini pun biasa berlaku.
Bermacam-macam
situasilah. Yang di atas ini hanyalah antara contoh-contohnya.
Ringkasnya, keluar sahaja ke jalan, ada 100 batang anak panah akan
meluru ke arah kita.
Dengan
mengambil vaksin, kita dapat mengurangkan jumlah anak panah yang
menanti itu. Kita tidak dapat menghilangkan terus semua 100 anak
panah kerana tidak ada vaksin yang upayanya 100% dan keupayaan setiap
vaksin pula berbeza-beza terhadap varian Covid yang pelbagai.
Katakanlah
kita mengambil vaksin ABCXYX yang keupayaannya 75%. Ertinya kita
berjaya mengurangkan 75 batang anak panah. Hanya tinggal 25 anak
panah sahaja. Jadi, apabila kita keluar ke jalan, hanya 25 batang
anak panah sahajalah yang akan meluru ke arah kita dari langit. Maka
kuranglah risiko hendak terkena anak panah. Di situlah ANTARA
kelebihan mengambil vaksin.
MASIHKAH
ADA RISIKO?
Namun
begitu, risiko untuk terkena anak-anak panah TETAP
ADA kerana masih
ada 25 batang anak panah.
Maka :
i)
Ada sahaja orang yang sudah mengambil vaksin tetapi terkena satu anak
panah (Covid) di tempat sensistif lalu meninggal dunia.
ii)
Ada juga yang terkena beberapa batang anak panah di tempat yang tidak
sensitif. Cukuplah dengan kuarantin beberapa hari lalu sembuh semula
iii)
Ada yang terkena beberapa anak panah di tempat sensistif, terus masuk
ICU lalu meninggal dunia dua tiga hari kemudian.
iv)
Ada yang terkena banyak anak panah di tempat yang tidak sensitif,
masuk hospital beberapa hari, lalu sembuh.
v)
Ada juga yang bernasib baik memang tidak terkena anak panah.
Ringkasnya,
dengan izin Allah, memang mengambil vaksin dapat mengurangkan risiko
terkena Covid.
BAGAIMANA
JIKA ADA VARIAN LAIN?
Katakanlah
ada varian baharu yang vaksin ABCXYZ punya keupayaan 20% sahaja
tehadapnya, maka jumlah anak panah yang 25 tadi juga akan meningkat
kepada 80 anak panah. Namun setidak-tidaknya jumlah anak panah itu
tidaklah 100. Tetap ada kelebihannya.
BAGAIMANA JIKA KEBERKESANAN SESUATU VAKSIN ITU TERHADAP VARIAN2 BAHARU SANGAT KURANG?
Contohnya ada varian baru dan keupayaan vaksin yang telah diambil sekadar 10% peratus sahaja, maka kenalan ambil vaksin lagi yang keupayaannya cukup tinggi untuk halang varian baharu tersebut.
Jika ada lagi varian baharu yang lebih kuat dan keupayaan vaksin2 sedia ada dalam tubuh kita sangat rendah untuk menghalangnya atau ada yang tidak dapat langsung menghalangnya?
Begitulah, mungkin kena sentiasa update divaksin demi divaksin setiap kali ada varian baharu yang sangat kuat. Atau mungkin kita kena bersabar menunggu satu vaksin yang mampu mengekang kesemua varian. Wallahua'lam.
Abu
Zulfiqar al-Amsyari
29
Mei 2021