Wednesday, May 19, 2021

Majlis Ilmu untuk Anak2 le Pulak

Oleh kerana tak dapat nak ke mana2 sangat, maka sahaya pun buatlah program dengan keluarga. Selalu buat program untuk orang lain. Kali ini untuk keluarga sendirilah pula. Anak2 pun dah besar2.


Sudah 3 malam sahaya syarahkan lebih kurang Risalah Qudsiyyah Imam al-Ghazali khususnya Rukun 3 kepada isi keluarga. Rukun 3 ini (bukan Tauhid 3 Serangkai) merupakan sukatan pelajaran usuluddin yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali dan menjadi sukatan pelajaran usuluddin rasmi bagi Tarekat Ghazaliyah.


Satu malam satu rukun, 3 malam tamatlah 3 rukun. Malam keempat ini masuk syarahan buku sahaya Syariat & Hakikat Nur (Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah, buku ke-4). Sebenarnya sangat berkait antara Risalah Qudsiyyah (khususnya Rukun 3) dengan Syariat dan Hakikat Nur.


Apabila buat program khusus sebegini, maka majlis ta'lim keluarga harian (menggunakan buku ABC - Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya - Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab Ihya' 'Ulumuddin) itu kita hentikanlah buat sementara waktu. Kalau banyak sangat program harian keluarga, mungkin ahli-ahlinya akan ada yang cepat jemu.


Bagi yang sudah biasa dengan sahaya, sekurang2nya buatlah majlis ta'lim harian keluarga. Sekali sehari, dua tiga minit sahaja pun. Bagi yang pernah datang kursus 3 jam dengan sahaya, tambahlah dengan majlis halaqah usrah keluarga mingguan atau bulanan. Insya-Allah masa kita di rumah (zaman Covid ) ini akan lebih terisi lagi bererti. 

 

*Sebarang aktiviti dan kaedah yang bersesuaian, buat sahajalah asalkan ada berjalan.  Perkongsian di atas sekadar contoh sahaja. Tidak minta diikut.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

19 Mei 2021

No comments: