Thursday, May 27, 2021

Benarkah Kebal Setelah Divaksin?

Tahniah kepada yang sudah menerima vaksin. Tahniah yang lebih lagi kepada majoriti penerima vaksin yang terus menjaga adab-adab sebagai penerima vaksin. Malangnya ada segelintir penerima vaksin yang tidak mahu mengamalkan adab-adab. Mereka berasakan yang diri mereka sudah kebal lalu melakukan perkara-perkara yang meresahkan orang lain.


Golongan yang segelintir ini berpegangan bahawa :

i. mereka sudah tidak akan terkena Covid lagi.

ii. mereka tidak akan menjadi pembawa dan penyebar Covid lagi.

iii. mereka sudah boleh bergerak dan bergaul bebas sebagaimana sebelum era Covid dahulu.

iv. mereka tidak perlu patuh SOP, pakai mask, dan jaga penjarakan lagi.

v. dan mungkin ada yang menganggap vaksin yang diterimanya 100% dapat menghalang jangkitan Covid.


Apabila berada berasa-sama dengan mereka di masjid, di pasar, di kedai dan sebagainya, orang ramai pula yang susah hati terutamanya orang ramai yang belum menerima vaksin. Kadang-kadang kelihatan macam hendak menunjuk-nunjuk pun ada juga, lebih-lebih lagi jika mereka ada berdua atau lebih. Bertepuk bertampar berpeluk di hadapan orang ramai, duduk berhimpit sebelah-menyebelah, naik motor sekali, kongsi makanan minuman dan peralatannya, terjumpa kita terus hendak bersalam dan berpeluk, dipegang-pegangnya bahu kita, dan macam-macam perangai lagi. Dengan anak-anak kecil orang lain pun dibuatnya begitu. Bahaya sebenarnya tu. Tahulah mereka sudah divaksin, tapi peduli jugalah orang lain sama terutamanya yang belum menerima vaksin.


Kepada golongan yang segelintir ini, kita minta mereka hadamkan terlebih dahulu maklumat-maklumat di bawah :


1. SINAR HARIAN 19 Mei 2021- Negara paling tinggi peratusan vaksin iaitu Seychelles bergelut dengan peningkatan kes. Lebih 60% daripada penduduk negara Seychelles telah disuntik vaksin. Seychelles merupakan negara paling tinggi di dunia yang peratusan rakyatnya menerima vaksin. Namun kemudian pada awal Mei, ratusan penduduknya dijangkiti Covid setiap hari. 1 per 3 daripada jumlah itu ialah mereka yang sudah menerima 2 dos suntikan vaksin. Yang menerima 1 dos tetapi masih dijangkiti adalah lebih ramai.


https://www.sinarharian.com.my/article/139309/GLOBAL/Negara-paling-tinggi-peratusan-vaksin-bergelut-peningkatan-kes


2. SINAR HARIAN 18 Mei 2021 - 134 orang penduduk Switzerland dijangkiti Covid-19 walaupun selepas terima vaksin. 12 orang daripadanya maut. Disebut dalam berita itu : "Dengan kebanyakan warga emas telah divaksin setakat ini, jumlah jangkitan selepas vaksinasi dilihat lebih tinggi di kalangan warga tua."


https://www.sinarharian.com.my/article/139137/KHAS/Covid-19/134-penduduk-Switzerland-dijangkiti-Covid-19-selepas-terima-vaksin


3. SINAR HARIAN 27 Mei 2021 - 870 orang petugas kesihatan di Malaysia dijangkiti Covid-19 walaupun selepas terima vaksin. Sebahagiannya sudah mendapat dua dos.


https://www.sinarharian.com.my/article/140764/KHAS/Covid-19/870-petugas-kesihatan-dijangkiti-Covid-19-selepas-terima-vaksin


4. BERITA HARIAN 18 April 2021 - Persepsi bahawa penerima vaksin sudah kebal daripada COVID-19 itu merupakan salah faham. Menurut Dr. Norhisyam : "Sembilan orang yang dijangkiti (walaupun selepas dua dos dan setelah dua minggu menerima dos kedua) itu juga mungkin kerana terleka dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), sebab itu penerima vaksin masih perlu patuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan seumpamanya."


Maksudnya, adab-adab masih tetap sama seperti sebelum menerima vaksin. Dalam berita itu juga dinyatakan : "Peranan vaksin COVID-19 bukan untuk memastikan penerimanya tidak lagi dijangkiti virus berkenaan, sebaliknya bagi memastikan tubuh badan memiliki sistem imunisasi yang kuat."


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/808163/persepsi-penerima-vaksin-kebal-daripada-covid-19-adalah-salah-faham


5. ASTRO AWANI 17 April 2021 - 9 orang petugas kesihatan i Malaysia dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin. Mereka dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. 31 kes lagi yang juga melibatkan petugas kesihatan dikesan kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/9-petugas-kesihatan-dijangkiti-covid19-selepas-lengkapkan-dos-vaksin-kp-kesihatan-293713


6. HARAKAHDAILY 20 April 2021 - Jangkitan Covid walaupun selepas vaksinasi memang sudah dijangka dari awal. Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani - Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengatakan : 'Walhalnya kesemua perkara ini telah dijangka dari awal lagi malah kerajaan sendiri telah berkali-kali menegaskan bahawa vaksin tidak 100 peratus berkesan untuk menghalang jangkitan. Semakin bertambah jumlah mereka yang menerima serta melengkapkan semua dos vaksin, semakin banyak kes jangkitan COVID-19 yang akan dilaporkan."


Dikatakan juga dalam berita itu bahawa beberapa hari sebelum itu terdapat lebih kurang 5,800 individu yang telah menerima vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat masih terkena jangkitan Covid.


https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/20/jangkitan-selepas-vaksinasi-adalah-kecil-telah-dijangka/


7. BERITA HARIAN 23 Mei 2021 - Berita ini menjelaskan lagi bahawa tidak ada vaksin yang 100% dapat menghalang jangkitan Covid. Ada yang kemampuannya sekadar 33%, 50%, 60%, 88%, 93% dan sebagainya untuk menangani pelbagai varian Covid.


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/05/819734/covid-19-vaksin-pfizer-astrazeneca-berkesan-terhadap-varian-india-kajian


8. HARAKAHDAILY 12 Mac 2021 - Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatakan : "Terdapat beberapa kes di luar negara, doktor dan jururawat meninggal dunia dijangkiti COVID-19, pada hal telah pun diberi vaksin COVID kepada mereka." Katanya lagi : " Adakah syarikat pengeluar mendakwa bahawa vaksin yang mereka keluarkan itu 100 peratus boleh mencegah dari dijangkiti oleh wabak virus? Sudah tentu tidak." Katanya lagi : "Kalau terdapat laporan yang mengatakan bahawa petugas kesihatan positif dan mati akibat COVID-19, walaupun telah divaksinkan – kita harus terima hakikat itu. Tidak perlu menafikannya."

https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/12/dijangkiti-covid-19-walaupun-telah-disuntik-vaksin/


9. SUARA MERDEKA - ADUN Taman Medan positif Covid walaupun selepas mengambil dua dos vaksin lengkap beberapa minggu sebelum itu.


https://suaramerdeka.com.my/covid-19-adun-taman-medan-positif-selepas-dos-vaksin-lengkap/


10. KHN.ORG - April 1, 2021 - The Shock and Reality of Catching Covid After Being Vaccinated.

In data released Thursday, the Centers for Disease Control and Prevention reported that at least 5,800 people had fallen ill or tested positive for the coronavirus two weeks or more after they completed both doses of the Pfizer-BioNTech or Moderna vaccine.


https://khn.org/news/article/the-shock-and-reality-of-catching-covid-after-being-vaccinated/



ARTIKEL2 LAIN YANG BAGUS UNTUK DIHADAMKAN


1. Vaksin lawan varian: Apa yang kita tahu setakat ini?

malaysiakini.com/news/575147


2. Vaksin Novavax tidak berkesan kepada varian COVID-19 Afrika Selatan

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/01/780935/vaksin-novavax-tidak-berkesan-kepada-varian-covid-19-afrika-selatan


3. Perlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19?

https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/19/perlukan-suntikan-dos-ketiga-vaksin-covid-19/



PENGHUJUNG BICARA


Jadi, kepada golongan yang segelintir tadi, janganlah berasa diri sudah kebal dan teruslah memelihara adab-adab yang sudah ditetapkan. Majoriti penerima vaksin dapat melakukannya, mengapa anda tidak? Jom kita saling jaga kita :)


Semoga dimudahkan Allah segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

27 Mei 2021

No comments: