Wednesday, May 19, 2021

Berapa Kali Melalui Isi Kuliah Kitab Ihya?

Hamba Allah : Saya ikuti kuliah2 ustaz terutamanya pengajian kitab Ihya'. Hampir semua. Tapi... saya rasa pengetahuan saya masih banyak tertinggal jika dibandingkan dengan ustaz. Mengapa ye? Mohon pencerahan.


Jawapan : Belum tentu lagi pengetahuan siapa sebenarnya yang lebih banyak. Boleh jadi pengetahuan tuan lebih lagi daripada saya. Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Cuma dalam konteks persoalan tuan ini, untuk saya memberikan komen, maka kita anggaplah konon-kononnya saya lebih tahu sedikit berbanding tuan. Jika tidak, sukar untuk saya berikan pencerahan.


Jadi, saya dahulukan dengan pertanyaan - berapa kalikah tuan melalui setiap kuliah (audio/video rakaman) kitab Ihya' itu?


Hamba Allah : Biasanya sekali je. Kalau ada part2 yang saya kurang faham tu, saya ulang le bahagian tersebut.


Jawapan : Dari satu sudut, itulah faktornya. Tuan melaluinya sekali sahaja, sedangkan umumnya saya melalui setiap isi kuliah itu seakan-akan empat kali, iaitu "

1. ketika melaluinya dengan guru saya dulu.

2. sebelum pengajian. Saya akan study terlebih dahulu bahagian yang hendak disampaikan itu berjam-jam lamanya.

3. ketika berkuliah. Tentunya saya sendiri sedang melalui isi kandungan kuliah itu.

4. selepas kuliah. Saya akan mengulang dengar rakaman itu keseluruhannya sebelum dimuatnaik ke Youtube.


Ringkasnya, untuk setiap kuliah itu saya melaluinya sebanyak 4 kali. Tentulah tidak sama dengan melaluinya sekali sahaja.


Hamba Allah : Ouh... baik. Ok ustaz. Faham.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

17 Mei 2021


No comments: