Dalam sebulan dua ini ada anak muda yang turut membantu kemaskini laman FB Tarekat Ghazaliyah. Makin bertambahlah tenaga kerja kami. Tetapi biasalah, tulisan orang2 muda ni kira nak cepat, sangat ringkas, guna bahasa SMS, dan kurang menjaga tanda-tanda bacaan termasuklah huruf besar huruf kecil, titik, koma dan sebagainya. Tambah2 lelaki. Lagilah. Risau juga kalau2 ada segelintir orang yang akan tersalah faham. Tetapi sepanjang tempoh ini segala perkongsiannya itu adalah benar dan mengikut tariq pegangannya iaitu Tarekat Ghazaliyah.
Jadi sahaya telah meminta ukhti Khaulah untuk mengumpulkan beberapa perkongsian ikhwah muda kita lalu sahaya betulkan penulisannya. Nampaklah agak "standard" sikit penulisannya.
ANTARA PERKONGSIANNYA (YANG SUDAH DIPERBAIKI PENULISANNYA) :
1. Kawan2 semua sudah banyak mana baca Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini? Dan banyak mana pula sudah membaca juga terjemahannya? Teruskan dengan jalan Ghazaliyah.
2. Berkat kerja keras ikhwan semua, Tarekat Ghazaliyah sudah kembali tersebar di seluruh negara, selatan Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina. Istiqamah terus dalam dakwah.
3. Kadang2 orang lari apabila nampak kita ikhwan Ghazaliyah. Yang lari itu pula geng2 dakwah juga. Walhal kita nak bawa manusia ke maqam muhsin untuk lebih dekat dengan Allah je pun.
4. Orang2 yang berilmu itu tidak selalu ada. Mereka semakin hari semakin tua an akan pergi meninggalkan kita. Sementara masih ada hayat, mari kita menuntut ilmu.
5. Istiqamah segala amal2 tarekat yang pak long dah turunkan kepada kita, nanti akan terasa penuhhhh je hari2 kita (*kerana segala amalannya sudha tersusun cantik sepanjang 24 jam).
6. Dah baca buku2 Tarekat Ghazaliyah, barulah tahu ramai para mujahid zaman dahulu sebenarnya istiqamah atas jalan Imam Ghazali.
7. Buku Tarekat Ghazaliyah yang nombor 4 itu yang paling laju orang beli....sebab isinya.
8. Ada jenis (*orang yang sekadar bertaraf) peminat Tarekat Ghazaliyah, ada jenis pengamal Tarekat Ghazaliyah, dan ada jenis pejuang Tarekat Ghazaliyah.
9. Imam al-Ghazali kata hijab antara kita dengan Lailatul Qadar ni ialah perut yang penuh....kenyang. Dah tahu macam tu.. malam2 terakhir ini kurang2kan le layan makan-minum tu.
10. Pak long Abu selalu bagitau.. Tarekat Ghazaliyah ini untuk semua orang, bukan untuk kita seorang sahaja. Ambil maklumlah kata-katanya.
11. Orang sufi banyak bersabar, kurang mengeluh.
12. Guru2 tarekat ini tahu "usia" murid2nya dalam kesufi.an. Bukan usia umur dalam kad pengenalan tu. Sebab itulah mereka suap makanan cair untuk "bayi" (*pengamal2 tarekat yang masih baru), makanan lembut untuk "kanak2", makanan keras2 untuk "dewasa". Kita faham2lah. Yang masih bayi janganlah merengek minta hendak kunyah batang tebu. Tercabut gusi tu.
13. Risalah Qudsiyah Imam Ghazali itu adalah benteng agama dan umat Islam daripada bidaah2 dalam 'aqidah.
14. Imam Ghazali ni berjaya sampai satu maqam yang sangat tinggi iaitu 'hakikat kenabian'. Tapi janganlah terjahil pula dengan sangkakan Imam Ghazali sudah mencapai taraf seorang nabi. Rajin2lah selak kitab Al Munqiz min adh-Dhalal (*dan bergurulah kepada yang ahli tentangnya).
15. Pak long abu ada buat logo Tarekat Ghazaliyah. Dia conteng2 n bincang2 dengan bebrapa ikhwah Ghazaliyah. Unik. Wil be released soon.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
8 Mei 2021
No comments:
Post a Comment