Monday, October 12, 2020

Kitab Nombor 1

 

Sahaya menulis :

ANTARA keunikan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini :


1. Isi2 pentingnya (termasuk kalam2 hikmahnya), Imam Al-Ghazali yang tulis DAN huraiannya pun Imam Al-Ghazali sendiri yang huraikan. Ulama-ulama kemudiannya hanya menghuraikan huaraian Imam Al-Ghazali. Boleh saja kalau Imam Al-Ghazali hendak menulis isi2 penting sahaja dan kemudian huraiannya dibuat oleh ulama2, tetapi tentunya tidak setepat huraian tuan punya kitab sendiri.


2. Kitab Ihya' ini merupakan kitab (tangan pertama) yang paling banyak, paling besar dan paling dalam, yang menghuraikan QALBUNYA (hatinya, jiwanya, ruhaninya) Nabi saw. Nak tahu bagaimana qalbunya Nabi (dan nabi2 serta wali2), kitab Ihya' memang tempatnya.


Huraian tentang sejarah/sirah Nabi, ada kitabnya,
Huraian tentang amal ibadah Nabi, ada kitabnya.
Huraian tentang hadisnya Nabi, ada kitabnya.
Huraian tentang keluarga Nabii, perang Nabi dll, ada kitabnya yang tersendiri.
Tetapi kitab Ihya' ini hurian tentang qalbunya Nabi saw.


Sahabat sahaya menulis :

Bagi saya kitab yg no 1 dan yg terbaik ialah kitab diri .semua ada ceritakan tentang nabi wali malaikat dan yg lain2 kitab ini tiada di jual dikedai kalau nk cari kitab ini cari dlm diri .erti kata ialah.quraan diri.


Sahaya menulis :

Ya. Ada macam2 level. Ada kitab di dalam diri, ada kitab tanpa diri, ada diri tanpa kitab, ada kitab yang di dalamnya ada nabi wali malaikat, ada kitab yang di dalamnya tiada selain Dia, dan ....macam2 lagi. Insylh kita pakat ketemu belaka semua itu apabila kita naik dari satu maqam ke satu maqam, mengikut rezeki masing2.

No comments: