Monday, October 12, 2020

Allah Perintahkan Kita Jadi Pendakwah

Allah SWT sudah berpesan kepada kita :


"Wahai orang yang berselimut!"
"Bangunlah, berilah peringatan!"
"Dan agungkanlah Rabb kamu."
"Dan bersihkanlah pakaianmu.

"Dan tinggalkanlah segala yang keji."
"Dan janganlah kamu memberi sesuatu untuk mendapatkan (balasannya) yang lebih banyak."
"Dan kerana Rabb kamu, bersabarlah."

(Al-Mudaththir : 1-7)

 

- Jangan malas. Jangan asyik nak bersenang-senang. Jangan leka dalam keselesaan. Ambil tindakan, bergeraklah. Keluarlah sekejap daripada keselesaan dan sampaikanlah peringatan. Berdakwahlah. Berdakwah itu untuk mengagungkan Allah. Hendak beri peringatan, hendak berdakwah, hendak menyampaikan, biarlah dalam keadaan yang sesuai - bersih, kemas. Elakkan tidak bersih, elakkan selekeh. Orang yang menyampaikan peringatan, janganlah diri dia sendiri pula seorang pelaku kekejian. Berdakwah (sampaikan peringatan) itu kenalah ikhlas. Segala dugaan yang mendatang dalam menyampaikan itu, bersabarlah.

Marilah kita menyahut perintah Allah ini (bukannya perintah penulis).

 

10 Oktober 2020

No comments: