Saturday, October 17, 2020

Antara Wirid Harian

S - Bagaimana dengan amalan bacaan Al-Quran bagi seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah?

J - 1 juzuk sehari (bagi yang mahir bahasa Arab). Jadikan wirid harian. Maka, akan khatamlah seluruh Al-Quran pada setiap 30 hari (lebih kurang 1 bulan). Menurut Imam Al-Ghazali, ini merupakan tingkat paling rendah kerana sepatutnya lebih lagi.

S - Bagaimana kalau orang itu baru-baru belajar atau sangat kesuntukan masa sehari-hari?

J - Tidak mengapa, kerana hal ini bukanlah kemestian tetapi sangat dianjurkan bagi seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah. Buatlah seberapa yang mampu sahaja, tetapi niatkan dan berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya sebagaimana yang disebutkan tadi pada masa akan datang.

Bagi yang tidak mahir bahasa Arab atau tidak tahu bahasa Arab pula, bacalah setengah juzuk sehari beserta membaca terjemahannya. Maka setiap bulan akan habis separuh Al-Quran beserta terjemahannya.

Sekiranya masih belum berkesanggupan juga, bacalah pada setiap hari sekurang2nya satu ayat daripada Al-Quran dengan cara melihat mushaf. Maksudnya, pada setiap hari kita mesti akan membuka Al-Quran sekurang2nya sekali.
.

S - Bagaimana dengan membaca "pakaian diri" bagi pengamal2 Tarekat Ghazaliyah iaitu kitab Ihya' 'Ulumuddin?

J - Kitab induk Ihya' 'Ulumuddin ini terdiri drpd 40 buah kitab di dalamnya. Maka bacalah 1 kitab (i juzuk) sehari. Jadikan wirid harian, Maka setiap 40 hari, akan khatamlah keseluruhan kitab induk Ihya'. Inilah amalan guru2 dan sebahagian orang2 lama Tarekat Ghazaliyah.

S - Sekiranya tidak berkemampuan kerana ada kekangan2 tertentu?

J - Carilah yang lebih nipis iaitu ringkasan kitab Ihya'.
Sekurang-kurangnya 1 kali khatam dalam setahun.

Sekiranya masih tidak berkesanggupan juga, bacalah pada setiap hari walau satu ayat daripada kitab Ihya'.
Maksudnya, pada setiap hari kita akan buka kitab Ihya' sekurang2nya sekali.

S - Kalau tak ada kitab Ihya'?

J - Tampunglah dengan membaca Minhaj al-Abidin atau Bidayah al-Hidayah. Kedua2nya karangan Imam Al-Ghazali.
Jika tak dapat juga, bacalah Siyarus Salikin (umumnya ringaksan Ihya') atau Hidayah as-Salikin (umumnya ringkasan Bidayatul Hidayah). Kedua2nya karangan seorang mursyid Tarekat Ghazaliyah di Nusantara iaitu Syeikh Abdus Samad al-Falimbani., yang turut mengamalkan beberapa tarekat lain.
4 kitab ini mudah didapati di pasaran tempatan dan murah juga harganya.

Jom kita berazam untuk menjadikan Al-Quran dan Ihya' sebagai wirid harian kita.

 

Abu Zulfiqar Al-Amsyari

14 Oktober 2020

No comments: