Ada seorang pengunjung bertanyakan maksud mimpi dunia bergelap
yang sahaya alami dan ada diceritakan di sini tempoh hari. Jadi, saya jelaskan
dengan seringkas2nya sahaja sebagaimana berikut :
Saya ringkaskan sahaja lah ye. Ringkasnya... secara umumnya penghuni2
dunia sedang gelap ruh agama mereka, baik orang bukan Islam bahkan orang Islam
sendiri. Dalam pada itu, ada segelintir orang2 yang cuba menghidupkan api ruh
keagamaan umat ini, namun usaha mereka banyak menemui kegagalan. Walaupun
gagal, mereka terus mencuba berkali2. Ada pula golongan orang2 pertengahan yang
lebih ramai drpd kaum yang segelintir itu. Mereka juga perjuangkan agama dan
umat tetapi kesedaran mereka tidak sekuat kaum yang segelintir itu. Namun
apabila kaum yang segelintir itu beri penjelasan, kaum pertengahan ini dengan
mudah akan dapat memahami apa yang sedang berlaku. Cuma, mereka juga kurang
dapat bertindak. Dari segi tahu n faham, mereka memang ada. Dari kesedaran dan
tindakan, agak lemah. Begitulah lebih kurang.
Semua ini berdasarkan gambaran yang berlaku dalam mimpi itu.
Seluruh dunia bergelap. Ada rumah tertentu dan halaman tertentu. Ada orang
dewasa dan kanak2 yang cuba menghidupkan api berkali2 di halaman yang luas
tetapi banyak terpadam dan api tak mahu besar-besar. Ada pejuang agama duduk di
kerusi di tengah halaman tanpa buat apa-apa. tetapi setelah disentuh hati
mereka dengan beberapa patah perkataan, mereka pula yang dapat menghuraikan
fenomena ketika itu menurut ajaran agama. Huraian mereka bagus-bagus tetapi
masih duduk sahaja di kerusi. Wallahualam.
- Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Disember 2019
No comments:
Post a Comment