Tahun 2020 ini cadangnya dakwah LEBIH ditumpukan kepada
orang2 yang memang mahu berbanding yang kurang/tidak mahu, tanpa meninggalkan
mereka yang kurang/tidak mahu itu.
Hal ini kerana berdasarkan pengalaman, jika kita lebih
usahakan ke atas 1000 orang yang kurang/tidak mahu, kita mungkin akan dapat
istiqamahkan 10-20 orang sahaja. Banyak rugi masa, wang dan tenaga.
Tetapi jika kita lebih usahakan ke atas 1000 orang yang
asalnya memang mahu, kita mungkin akan dapat istiqamahkan 700-800 orang.
700-800 orang ini pula boleh menyebar kepada ribuan orang lagi. Banyak
keuntungan ke atas umat.
***Kita akan lelah dalam dakwah jika tidak mahu memakai
nasihat orang tua2 yang lebih berpengalaman. dalam dunia tersebut.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Januari 2020
No comments:
Post a Comment