Berpesan guru saya lebih 20 tahun lalu (lebih kurang
katanya)... RINGKASNYA, semua orang pun kurang ilmu agama termasuklah diri
kita. Tetapi jika kita SANGAT kurang pengetahuan/ilmu hal ehwal agama, antara
bahayanya :
i) Ada tindakan2/keputusan2 kita yang salah di sisi
agama, tetapi kita pandang sebagai betul. Kita YAKIN SUNGGUH yang kita sedang
betul. Tapi jika kita RAGU2 (sama ada kita sedang betul atau mungkin sedang
salah), boleh tahan lagi jugalah.
ii) Ada tindakan2/keputusan2 orang lain yang sebenarnya
betul di sisi agama, tetapi kita pandang sebagai salah.KIta YAKIN SUNGGUH yang
orang lain itu memang sedang salah. Tapi jika kita ada RAGU2 (tidak pasti sama
ada orang lain itu sedang salah atau sedang betul), masih boleh tahan lagi.
Jadi, untuk selamat khsuusnya di akhirat, sebelum ambil
apa2 tindakan/keputusan PENTING, kaji terlebih dulu dengan sandaran2 agama yang
berkaitan, ambil masa teliti dalam sedikit, bukan dengan sangka2 sahaja, agak2
sendiri dengan ilmu agama kita yang sangat lemah itu sahaja, sekadar dengar2
cakap orang, tambah2 lagi atas dasar sentimen dan emosi. Jangan ambil keputusan
atau bertindak dulu, tetapi kaji dalam sedikit terlebih dahulu, kemudian baru
buat keputusan dan bertindak.
Segala keputusan dan tindakan kita akan diminta
pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Pastikan benar salahnya di sisi agama
terlebih dahulu.
Semoga kita benar di sisi agama.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
5 Januari 2020
No comments:
Post a Comment