Wednesday, January 1, 2020

Majukan Diri dalam Memperjuangkan Ad-Diin


Sememangnya kerja2 agama sangat memerlukan pengorbanan. Kita mestilah bersedia untuk korbankan sebahagian daripada masa lapang kita, masa seronok kita, aktiviti2 kesukaan kita, pendapatan kita, tenaga tubuh badan kita, harta benda kita, masa rehat kita, dan ruang selesa kita.

Hal sedemikian sememangnya menjadi fitrah bagi para rasul dan wali2 Allah. Kita yang mendakwa sebagai pencinta dan pencontoh mereka, tentunya kena mengikut jalan mereka juga,

Orang2 yang mendakwa mencintai agama tetapi tiada kesanggupan untuk mengorbankan sedikit daripada hal2 yang dinyatakan tadi, tidak akan sampai ke mana-mana dalam ad-diin ini.

Perjuangan dalam agama ini bukan atas dasar semangat semata-mata, tetapi beserta dengan tindakan.

Jika dulunya kita sanggup dan kuat berkorban tetapi kini semakin lemah dan banyak kurangnya, itu antara petanda kita semakin dijauhkan oleh Allah.

Jika dulunya kita lemah dan kurang dalam berkorban pada jalan Allah, tetapi kini semakin kuat, itu antara petanda kita semakin dihampirkan-Nya.

Semoga dimudahkan oleh Allah.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Januari 2020

No comments: