Wednesday, November 13, 2019

Daurah Kitab Adab dan Akhlak Nabi (Ihya' 'Ulumuddin)

Pada waktu dhuha Ahad 10 November 2019 yang lalu telah berlangsung Daurah Kitab Adab & Akhlak Nabi (kitab ke-20 daripada 40 kitab dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin) di Surau Sg. Nyior, Trong, Perak bersempena dengan bulan sambutan Maulidurrasul. Majlis bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

Pemenang hadiah cabutan bertuah kali ini :
1. Pak Lang Muza dari Trong.
2. Cikgu Bard dari Pantai Remis (hampir tak pernah miss terpilih)
3. Ukhti Miera dari Sauk, Kuala Kangsar. 

Cikgu Bard sedang berbual dengan Cikgu Hamdan dan Puan Ayu sekeluarga dari Karai, Kuala Kangsar.


Sepanjang berkuliah umum sejak tahun 2007, belum sahaya mengalirkan air mata ketika berkuliah. Tetapi kali ini, tak boleh ditahan-tahan, buat pertama kalinya berlinang juga air mata kerana terlalu ingat akan Rasulullah saw. 


 
Jamuan ringan sebelum beramai-ramai ke majlis perkahwinan juru rakam pengajian2 kitab Ihya' 'Ulumuddin yang kebetulan berlangsung pada hari ini tidak jauh dari lokasi daurah, di Matang Merbau.

Ukhti Miera kena bergegas ke majlis di sebuah pusat tahfiz di Padang Rengas, Kuala Kangsar selepas daurah. 

Ketika jamuan ringan, Pak Teh Pin, Pak Teh Ayop dan Tuan Nazrul bersantai-santai di bawah bangsal

 
Kami tiba di majlis Tuan Hafiz dan pasangannya Puan Winnie Lim memang tepat pada masanya. 

Sampai-sampai sahaja terus dijemput duduk di meja utama bersama-sama pasangan pengantin. Kebetulan kami berbaju merah pulak tu.

 Cikgu Bard pun pakai baju merah juga hari tu. Terus kena duduk berdepan dengan pengantin.

Kelihatan Pak Teh, Pak Lang dan sebahagian ahli kariah Sg Nyior.


No comments: